Covid 19: Majlis Tindakan Ekonomi Negara

OLEH: Zulfikar Egar

Baru-baru ini Majlis Tindakan Ekonomi memutuskan beberapa inisiatif antaranya membenarkan semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing, tertakluk kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan yang boleh dibuat bermula 1 April itu membenarkan 12 juta ahli KWSP mengeluarkan simpanan berjumlah 40 bilion ringgit.

Pengeluaran ini bagi tujuan sedikit sebanyak dapat digunakan oleh rakyat bagi mengurangkan beban mereka dalam situasi yang dialami oleh negara kini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Seperti yang kita semua ketahui. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac yang lalu dan kini dilanjutkan pula tempohnya hingga 14 April, adalah bertujuan bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Dan ia sebenarnya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam beberapa beberapa industri dalam negara contohnya seperti sektor pelancongan.

Di mana kerajaan menganggarkan kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 sebanyak 3.37 bilion ringgit.

Susulan penularan Covid-19 di 140 buah negara di seluruh negara, Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya telah membatalkan kempen tahun Melawat Malaysia 2020.

Pembatalan kempen serta pakej pelancongan bagi kempen tersebut sekaligus menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat penerbangan serta perhotelan.

Pembatalan itu dibuat bagi memberi keutamaan kepada kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.

Selain pelancongan dan penerbangan, sektor lain yang terjejas teruk ialah perusahaan kecil dan sederhana serta perusahaan runcit.

Memang tidak dinafikan, terdapat kegusaran daripada rakyat apabila perniagaan terpaksa ditutup dan aktiviti perniagaan tidak dapat dilaksanakan.

Ditambah pula prestasi pasaran petroleum minyak mentah dunia merosot di bawah 30 dolar Amerika setong, terburuk dalam 18 tahun pasaran minyak global.

Ia sememangnya memberi kesan kepada ekonomi negara kerana Malaysia merupakan antara pengeksport minyak dunia.

Dan dalam masa yang sama, pasaran Bursa Saham di seluruh dunia mengalami situasi sukar dan penyusutan berikutan kebimbangan pandemik Covid-19 tersebut.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia Berhad pula telah mengumumkan bahawa jualan pendek atau 'short selling' digantung buat sementara sehingga 30 April 2020.

Pengantungan ini diperkenalkan sebagai sebahagian langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul daripada ketidak tentuan yang sengit dan ketidak pastian pasaran global.

Dalam suasana getir yang dihadapi ketika ini, kerajaan melaksanakan tangsangan ekonomi baru untuk menghadapi cabaran sepanjang tempoh sekatan atau Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Kerajaan akan memastikan pakej rangsangan ekonomi yang diumunkan akan dipantau perlaksanaannya supaya kesannya akan dapat dirasai oleh semua rakyat.

Pelbagai usaha dilaksanakan merangkumi kerajaan pusat dan negeri dalam membantu mereka yang terjejas terutamanya peniaga kecil yang mengalami masalah kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Jika isu pandemik ini dapat dikawal dan dselesaikan lebih awal, negara dapat keluar daripada kemelut wabak Covid-19 ini.

InsyaAllah.



Rujukan:
- Malaysia Hari Ini (MHI)- COVID-19: Kesan Pada Ekonomi Malaysia (25 Mac 2020)

___________________________
Zulfikar Egar 

Comments