OLEH: Haziq Azhar
Entahlah, semenjak itu aku mula jatuh cinta kepada sejarah terutama sejarah Yunani. Selepas itu, aku mula membaca buku Tamadun Islam Tingkatan 6 padahal aku masa itu berusia 14 tahun. Disebabkan minat aku mendalam, aku sanggup membaca buku sejarah walaupun buku tersebut bukanlah untuk pelajar Tingkatan Dua.
Selepas itu, aku membaca lagi kisah Vladimir Lenin dan Joseph Stalin ketika aku berada di Tingkatan Tiga. Disebabkan aku minat terhadap dua tokoh tersebut, aku mula minat dengan ideologi Komunis. Bagaimanapun, aku tetap kurang gemar sistem Republik dan Komunis kerana bagi aku, sebuah negara bukan beraja adalah sebuah sistem yang sangat rapuh dan lemah. Pada masa yang sama, aku juga membaca sejarah Empayar Rom terutama era Julius Caesar dan Augustus sehingga Constatine the Great (Maharaja Byzantine Pertama).
Aku mula membaca buku Sun Tzu Art of War ketika usia 16 tahun namun aku kurang memahami buku tersebut sehinggalah aku berusia 23 tahun (Itu pun aku kena memahami ia semula kerana terlalu sukar untuk difahami melainkan The Prince) Selepas aku menamatkan pengajian SPM, aku mahu mengambil bidang sejarah namun tiada kursus yang ditawarkan peringkat diploma dan aku ditawarkan kursus perakaunan. Pada usia tersebut, aku agak mentah dan kurang mengambil serius tentang pelajaran aku sehingga aku berusia 23 tahun apabila aku ditawarkan pengajian Kajian Politik dan Pemerintahan di UNIMAS.
Secara jujur, pelajaran Sains Politik begitu memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran aku dan daripada situ aku terpengaruh dengan ideologi Machiavelli yang dilihat memang sesuai dengan naluri aku. Sehingga sekarang aku bukanlah seorang penyokong setia mana-mana parti politik kerana aku hanya menganggap ia sebagai platform untuk aku berjinak-jinak dalam bidang politik. Aku hanya mempunyai prinsip dan ideologi pegangan aku iaitu agama, bangsa dan tanah air. Tiada sesiapapun dapat mengubah prinsip aku kerana aku bukanlah seorang yang mudah dipujuk rayu kerana ia matlamat jelas dalam hidup aku.
Sehingga sekarang, aku tetap menulis dan menulis untuk memberi kesedaran kepada anak bangsa supaya jangan melupakan jati diri kerana merekalah penerus legasi perjuangan nenek moyang kita terdahulu.
Ideologi Melayu-Islam yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang bermula idea Melayu Raya sememangnya menjadi pegangan aku sehingga sekarang. Aku bukanlah seorang Muslim yang taat tetapi sekurang-kurangnya aku tetap dengan prinsip aku.
Walaupun aku dengan prinsip aku, ia tetap tidak menghalang aku bersahabat dengan sesiapa dengan aku suka. Aku bukanlah seperti libretard yang lain yang suka menghentam budaya dan bangsa majoriti sesebuah negara. Maaflah sekiranya mulut aku celupar dan menyakitkan hati tetapi kutukan aku sebenarnya ke atas golongan tersebut yang sering mengancam asas ideologi dan budaya sesebuah negara.
___________________________
Haziq Azhar
Varia Kini - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment