OLEH: Halim Abdurrahman
Setakat January-March, angkat kematian disebabkan Covid-19 ialah 2 kes dengan lebih 500 kes jangkitan. Manakala kes kematian melibatkan jalanraya ialah 20 kematian setiap hari secara purata dengan sekitar 7000 kes kematian jalanraya setiap tahun.
Dari sudut risiko, risiko kita mati akibat kemalangan lebih tinggi dari Covid-19. Namun itu tidak bermakna kita tidak perlu risau dengan Covid-19.
Sebagaimana kita boleh jaga jarak kenderaan, berhati-hati di jalanraya, tidak memotong kenderaan secara berbahaya dan tidak memandu laju kerana takut terlibat kemalangan..
Maka begitu juga kita menjaga jarak kita dari orang ramai, mengamalkan kebersihan, makan makanan sihat serta ikut arahan pihak berkuasa supaya terjaga dari ancaman jangkitan.
Mudah bukan? Bagi setengah orang mungkin tidak mudah untuk mengikis persepsi tersebut, tapi apabila kita semua sentiasa positif, virus itu InsyaAllah akan lenyap dengan sendirinya.
OLEH: Taufiq Tuah
Sebarang pembelian panik ialah tidak baik kerana kerajaan telah memberikan jaminan bahawa bekalan barang harian akan cukup. Jika kita masih mengamalkan membeli barang secara berlebihan (seperti pula mahu berhibernasi di dalam rumah), maka dikhuatiri bekalan menjadi tidak cukup dek ketamakan dan kerisauan orang awam. Maka beli lah sahaja yang secukupnya buat masa ini.
Panik juga boleh dikurangkan jika kita hentikan penyebaran sebarang berita palsu terutamanya tentang Covid-19.
___________________________
Halim Abdurrahman & Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment