Arkib: Setem Definitif Negeri Pertama Malaya 1957

OLEH: Taufiq Tuah


Umumnya mempunyai 11 jenis setem di dalam set pertama ini. Di bawah ialah senarai harga muka beserta gambar pada setiap setem. Hanya negeri Johor sayaja yang mengeluarkan setem siri ini pada tahun 1960.

1 sen - Gambar dua orang sedang mengambil isi buah kelapa (kopra). Signifikannya ialah pada awalnya masyarakat Melayu menggunakan isi kelapa kering sebagai bahan masak seperti minyak sawit dan juga sebagai perubatan tradisional

2 sen - Gambar seorang lelaki di tengah ladang nenas. Menunjukkan bahawa Malaya juga pada waktu awal kemerdekaan agak sinonin dengan pertanian nenas.

4 sen - Gambar seorang pesawah sedang membajak sawahnya dengan seekor haiwan bajak (samada lembu atau kerbau). Membuktikan bahawa industri sawah padi ialah industri asas bagi Malaya.

5 sen - Gambar Masjid menunjukkan bahawa Malaya mengangkat Islam sebagai agama persekutuan.

8 sen - Gambar landasan keretapi pantai timur antara rangkaian landasan yang ada di dalam Malaya ketika itu. Pada awalnya landasan ini menghubungkan Gemas dengan Bahau pada 1910 kemudiannya disambung lagi pada 1914 daripada Tumpat ke Tanah Merah.

10 sen - Gambar Harimau Malaya, siginifikannya Harimau Malaya sebagai haiwan yang menjadi simbolik kepada Malaya ketika itu.

20 sen - Gambar sebuah kapal nelayan

50 sen - Gambar dua orang asli sedang meniup sumpit. Menunjukkan keberadaan dan kewujudan kaum orang Asli di dalam Malaya.

RM1 - Gambar Pejabat Kerajaan yang membawa maksud Malaya ialah negara yang ada kerajaan sendiri.

RM2 - Gambar dua orang Melayu sedang bersilat menunjukkan Silat ialah seni pertahanan diri yang berbudayakan budaya Melayu.

RM5 - Gambar seorang wanita sedang menenun songket. Sekaligus mengangkat budaya menenun sebagai budaya Malaya.



WAJAH SISI SETEM
Kelantan -
1957 : Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
1961 : Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Selangor
1957: Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
1961: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

Kedah
1957 : Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
1959 : Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Perlis : Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum Syed Hassan

Pahang : Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah

Terengganu : Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah

Johor (1960) : Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Perak : Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah

N.Sembilan : 9 batang padi melambangkan Negeri Sembilan.

Melaka
1957: Ratu Elizabeth II
1960: Gambaran peristiwa Parameswara menjumpai seekor pelanduk menendang anjingnya. Pohon tempat kesaksian itu ialah di bawah Pohon Melaka.

Pulau Pinang
1957: Ratu Elizabeth II
1960: Jata Negeri Pulau Pinang

___________________________
Taufiq Tuah 

Comments