OLEH: Taufiq Tuah
Walaupun begitu, saya melihat beliau seorang yang sangat pemurah. Banyak kebaikan yang dibuat seperti bantuan-bantuan kemanusiaan dan kebajikan yang mana tidak mampu dibuat oleh ramai orang. Perkara yang baik seperti ini perlu disokong dan dipuji.
Namun apakandaya ada yang mengeji Saudara Ebit Lew dalam usaha baik ini. Mengatakan kononnya Saudara Ebit seorang yang riak, menunjuk-nunjuk, malah sehingga menuduh 'kapiaq'.
Saya kira mereka sebenarnya tidak memahami bagaimana hidupnya sebuah NGO kebajikan. Ya, mereka hanya tahu menyembur kata-kata sahaja.
Sebuah NGO kebajikan pasti akan meminta dana daripada mana-mana individu untuk melaksanakan kebajikan itu. Oleh itu, sebenarnya sebuah NGO kebajikan sebenarnya sedang memegang amanah yang besar apatah lagi jika melibatkan wang yang besar.
Maka gambar seperti yang postkan di dalam laman-laman sosial NGO itu (atau pemegang amanah) sebenarnya menjadi bukti kepada pemberi-pemberi amanah tersebut. Hal ini penting bagi memberikan kepercayaan kepada pemberi amanah. Lebih-lebih lagi apabila pemberi amanah ialah dikalangan ratusan orang awam.
Maka sebenarnya tidak ada masalah dalam isu mengambil gambar dalam isu ini. Cuma, kalau boleh NGO² kebajikan ini diminta untuk kaburkan (censored) gambar penerima bagi menjaga aib mereka.
Malah tidak salah juga untuk menyebarkan gambar-gambar aktiviti kebajikan bagi tujuan memotivasikan orang lain untuk berbuat kebajikan itu.
Hal ini sebagaimana dalil,
1. "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. [Surah Al-Baqarah : 271]
Kesimpulannya:-
1. Mengambil gambar program kebajikan sebagai bukti menjalankan amanah kepada pemberi amanah adalah dibolehkan.
2. Mengambil gambar program kebajikan untuk menjadi motivasi kepada orang lain juga dibolehkan.
3. Dilarang menyembur kebencian terhadap amal soleh.
4. Jangan mudah menyembur kutukan di laman sosial. Kerana alasan 'Akuan saya di hack' adalah tidak dipercayai orang lagi.
Wallahualam
*Antara badan kebajikan yang boleh dipercayai dan sangat admin sarankan ialah Bushra Borneo Resources
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment