OLEH: Abu Sufian
Masa tu biasa lah dengar tentang bot Vietnam yg pecah, dan mayat-mayat mereka terdampar di pesisir pantai Terengganu.
Atas dasar kemanusiaan, kerajaan telah membuka pusat pelarian di Pulau Bidong, dan saya masih ingat ada satu pusat pelarian di Pantai Kelulut, dekat selekoh air nira tu.
Masa itu Askar Wataniah juga terpaksa di kerah (dikenali sebagai Rejimen siri 100) untuk mengawal sepanjang pesisir pantai Terengganu..
Bila dah besar, dan menyertai Askar Wataniah..banyak latihan, kursus dan seminar keselamatan yang saya hadiri..
Masa itu baru faham, isu pelarian ini bukannya setakat isu kemanusiaan semata-mata..namun ada isu yg lebih serius...iaitu isu keselamatan..
Ramai rakyat yg tidak tahu, dalam ramai2 pelarian Vietnam itu, ada agen komunis yg menyeludup senjata, teknologi dan bahan letupan kpd anggota komunis PKM di dalam hutan..
Itu sebabnya, dalam tahun 80an..anggota PKM mendapat senjata yg cukup lengkap, seperti raifal AK 47, pelancar roket RPG, mesingun RPK, mortar 40mm, periuk api AP dan set alat komunikasi...semuanya bekalan dari komunis Vietnam.
Dan senjata ini ternyata membunuh ramai anggota keselamatan kita..
Sekarang isu pelarian Rohingya pula..sedangkan di wilayah itu sudah ada tanda-tanda kewujudan pengganas ISIS..
Sebelum ini ternyata prinsip Cegah Rintang kita menggagalkan penyeludupan agen ISIS di negara kita.
Biarlah kita berfikir secara rasional dan timbang tara..dan biar lah anggota keselamatan kita menjalankan tugasnya, demi keamanan rakyat jelata.
___________________________
Abu Sufian
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment