OLEH: Mohd Faizal Sabhon Mesir
2.Terdapat beberapa istilah di Mesir yang tidak boleh sewenang-wenangnya terus “diungkap” di Malaysia.
3.Orang Malaysia hanya tahu perkataan “rusuhan” merujuk tragedi terakhir, 13 mei 1969, orang berbunuh-bunuhan bermandi darah.Orang Malaysia hanya akan faham “isytihar darurat” macam zaman lawan komunis 40 an.
4.Maksud RUSUHAN di Mesir tidak sama seperti Malaysia.Rusuhan di Mesir tidak semestinya berbunuh-bunuhan.Cukup bakar-bakar tayar di jalan raya (seperti 25 Januari 2011), itu dah bermula perkataan RUSUHAN tapi belum tentu ada bunuh-membunuh.
5.Maksud darurat di Mesir pula bukan seperti yang berlaku tahun 40 an Malaysia lawan komunis.Cukup ada ancaman sama ada ancaman pengganas yang menggila di sempadan Rafah yang memerlukan jalan ditutup hingga ke Jabal Halal, keselamatan dalam negeri apabila terdapat rusuhan bagi mengurangkan ketegangan dan demontrasi atau apa yang sedang dilakukan saat ini, KESELAMATAN NYAWA RAKYAT KERANA WABAK.
6.Dalam singhah undang2, ia berbentuk umum supaya ia akan diperincikan kelak oleh pelaksana.Maka, perisyhtiharan awal pagi ini tadi, TERMASUK SEMUA ELIMEN.
7.Oleh yang demikian, “kamu” yang menyampaikan berita perinsytiharan darurat Mesir ke Malaysia ini jangan sekadar sampaikan sahaja, kena bagi penerangan dengan jelas, dikhuatiri, “atok" yang pernah hidup zaman Emergency Law lawan komunis tahun 40 an dulu diserang heart attack kerana terlalu takut keadaan cucu di di Kaherah, ALex atau Mansurah.
PERISYTIHARAN DARURAT MESIR
9.Adakah terdapat sebarang “keganjilan” sepanjang perisytiharan tersebut? Kehidupan berjalan seperti biasa cuma ada kala dirasai oleh semua apabila ada Perintah Berkurung dan kebanyakkannya kita rasa seperti tiada apa yang berlaku kerana ia melibatkan pihak2 tertentu.
PERINTAH BERKURUNG
11.Tidak semestinya PERISYTIHARAN DARURAT ini bersekali dengan PERINTAH BERKURUNG.Tanya lah senior2 yang belajar zaman Mubarak (1981 - 2011), Mesir 30 tahun dalam perintah darurat.Hanya berapa kali sahaja perintah berkurung.
AKSES LAPANGAN TERBANG DAN SEMPADAN DARAT
12.Apa yang pasti, sempadan RAFAH ditutup pada masa setiap kali perisytiharan ini walaupun serangan di sana berkurangan sejak 2018 apabila Mesir memiliki lebih kurang 180 buah Wing Long, pesawat peninjau tanpa pilot.Hanya MISI KEMANUSIAAN sahaja dibuka bila-bila masa dan tanpa media tahu kerana ia berlaku setiap masa terutama untuk pintu masuk GAZA PALESTIN.
13.Saya telah menghubungi seorang kenalan di parlimen Mesir sempena awal Ramadhan baru-baru ini.Menurut beliau secara tidak rasmi, kemungkinan teramat besar airport akan dibuka semula paling awal bulan Jun untuk penerbangan antarabangsa.Namun, setiap orang yang masuk ke Mesir selama perisytiharan ini kelak dan selagi tiada vaksin, semua orang diwajibkan menjalani QUARANTINE atau Øجر الصØÙŠ selama 14 hari DENGAN KOS TANGGUNGAN SENDIRI.Seorang kenalan lain pula memberitahu melalui telefon, kos quarantine sehari LE 700 (+/- RM 200) DITANGGUNG SENDIRI.Jangan anggap ini muktamad kerana ia belum diumumkan secara rasmi.
14.Oleh yang demikian, terlalu dangkal kalau menggunakan hujah airport akan tutup selama perisytiharan ini dan langkah berbondong2 balik selama ini adalah langkah yang betul.
BAGAIMANA PELAKSANAAN DARURAT KALI INI?
15.Apa yang pasti, undang2 akan diperketatkan di mana Presiden berkuasa penuh (juga yang diberikan kuasa sepertinya iaitu Perdana Menteri),Tentera akan digerakkan bila-bila masa sahaja untuk menggerak fasilitinya dan berkhidmat untuk rakyat, manakala polis boleh menggeledah masuk rumah anda tanpa perlu waran mahkamah jika anda pesakit Covid 19 yang degil serah diri.
16.Manakala mahkamah pula, jika anda berbohong semasa rawatan, atau langgar perintah yang bakal dan sedang berkuatkuasa khas tentang mengekang penyebaran wabak ini, kes tersebut bukan lagi dibawah pendakwa raya biasa النيابة العامة tapi kes berkenaan akan terus dibawa oleh Mahkamah Amni Ad Daulah atau MAHKAMAH KHAS MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.So ia dianggap isu keselamatan dan TIADA EMBASSY yang boleh menyibuk sewenang-wenangnya melainkan direct dari Kementerian luar negara berkenaan atau ketua negara.
17.Walaubagaimana pun, perisytiharan ini adalah permulaan kepada kuasa mutlak untuk mengiystiharkan apa sahaja sesuai dengan roh perundangan yang ada.Usah khuatir atau risau, tunggu perisytiharan lebih terperinci oleh Presiden atau kebiasaannya sekarang, YAB Perdana Menteri Mesir kelak.
18.Begitu juga sekolah dan Universiti.Jangan terlalu awal membuat andaian.Beroperasi atau tidak, ia akan tertakluk pengumuman semasa kelak.Zaman mubarak 30 tahun semasa darurat pun sekolah dan universiti beroperasi.Tunggu dan lihat sahaja apa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.
19.Akhir sekali, sebagai perunding bebas, saya menasihatkan adik-adik yang masih berada di Mesir lihat dahulu situasi peperiksaan anda.Walaupun KPT Mesir dan AL AZHAR telah membuat keputusan peperiksaan sama ada secara online atau penyediaan assignment (kecuali tahun akhir yang tarikhnya ditunda), akan tetapi kaedah pilihan, pelaksanaan secara terperinci AKAN dan mungkin telah diumumkan oleh universiti masing-masing.
20.Oleh yang demikian, tunggu sehigga “situasi peperiksaan anda SELESAI atau sekurang-kurangnya JELAS” , barulah pulang ke Malaysia sama ada penerbangan khas atau selepas lapangan terbang dibuka.Ini kerana jika ada peperiksaan yang tidak dijalankan secara online, bagaimanakah kaedah assigment berkenaan? Individual atau Jamaei? Perlu diserah sendiri atau boleh wakil? jika anda tidak menepati apa yang ditetapkan oleh kaedah universiti ini, anda akan bergelar pelajar TIDAK HADIR atau ULANG TAHUN.
21.Suka saya mengigatkan semua pihak supaya menjaga nama naik negara kita Malaysia.Pernah berlaku satu keadaan pada tahun 2013 apabila kerajaan ketika itu mengumumkan evakuasi dan ramai yang menyertainya, KPT Malaysia membenarkan TRANSFER KREDIT pelajar perubatan dan pergigian pelajar Malaysia di Mesir ke universiti2 Malaysia.Ramai pelajar perubatan dan pergigian sama ada di Universiti Al Azhar, Alexandria, Mansoura dan lain pulang dalam keadaan BELUM MENJELASKAN YURAN TAHUN BERKENAAN dan lari begitu sahaja.Sampai hari ini, kira-kira RM 1 Juta lebih hutang yuran berkenaan tidak dibayar untuk tahun tersebut dan sedikit sebanyak ia mencalarkan imej kita rakyat Malaysia.
Terima Kasih,
___________________________
Mohd Faizal Sabhon
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment