OLEH: Taufiq Tuah
Bahasa Melayu sendiri mempuyai pelbagai cara dalam mengucapkan Aidilfitiri / Aidiladha. Antaranya boleh disenaraikan,
1. Selamat Hari Raya
2. Salam Aidilfitiri / Aidiladha
3. Salam Lebaran
4. Salam Syawal
5. Selamat Menyambut Syawal
dll.
Nusantara mempunyai 4 buah negara yang menyambut Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha secara rasmi. Mempunyai bahasa yang sama namun cara pengucapan dominan yang berbeza.
Contohnya, di Malaysia lebih dominan menggunakan ucapan "Selamat Hari Raya". Cara ucapan yang sama juga digunakan di Indonesia, tetapi cara itu tidaklah dominan. Di Indonesia, mereka lebih banyak menggunakan ucapan "Salam Lebaran".
Kebiasaannya, ucapan yang dominan ini akan memainkan peranan di dalam ucapan bersifat komersil seperti ucapan di atas kad raya, ucapan di atas sampul duit raya, di iklan-iklan TV dan radio juga di kain-kain rentang.
Di sini saya sertakan ucapan dominan di dalam negara-negara Nusantara mengikut cetakan ucapan komersil pada sampul duit raya mereka.
Ucapan di Malaysia pastilah "Selamat Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha" atau "Salam Aidilfitri". Boleh tengok itulah ucapan yang biasanya di ucapkan di cetakan komersil Malaysia. Contoh di dalam gambar ialah ucapan pada sampul duit raya Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Singapura dan Brunei juga berkongsi ucapan dominan yang sama dengan Malaysia. Boleh tengok ucapannya pada sampul duit raya cetakan bank Singapura dan Bank Brunei.
Di Indonesia, kadang kala menyebutkan "Salam Lebaran" dan kadangkala menyebutkan "Salam Idul Fitri". Boleh dilihat pada cetakan sampul duit raya Indonesia di dalam gambar.
--------------------------------------------
Bagaimana Rasulullah Salallahualaihi wasalam mengucapkan selamat hari raya?
Taqabbalallahu minnaa wa minkum
تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّا Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…
“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian”
Ucapan ini telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat bahawa mereka menggunakan ucapan ini.
Jubair bin Nufair, ia berkata :
Ùƒَانَ Ø£َصØَابُ رَسٌÙˆْÙ„ُ اللّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø¥ِØ°َا الْتَÙ‚َÙˆْا ÙŠَÙˆْÙ…َ الْعِÙŠْدِ ÙŠَÙ‚ُÙˆْÙ„ُ بَعْضُÙ‡ُÙ…ْ Ù„ِبَعْضِ تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّا ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙƒَ
“Para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya : Taqabbalallahu minnaa wa minka (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu)“.
[Fathul Bari 2/446]
Maka ucapan yang terbaik ketika hari raya ialah, "Taqabalallahu minna waminka"
Wallahualam
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Comments
Post a Comment