Gambar-Gambar Lama Berhari Raya Bersama YDPA Malaysia Terdahulu di Kuala Lumpur

OLEH: Taufiq Tuah


Gambar-gambar nostalgia raya hitam putih yang telah diwarnakan. Diwarnakan oleh Kumpulan Revolusi Melayu Baru (RMB).

1.1.1968: Gambar menunjukkan solat sunat Aidilfitri bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-4, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (tengah). Turut kelihatan (di sebelah kiri) Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.


15.2.1964: Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-3, Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail sedang bertitah di hadapan 4,000 umat Islam sebaik selesai solat sunat Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Istana Negara, Kuala Lumpur.


13.8.1980: Gambar menunjukkan sebilangan rakyat jelata tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah (kiri) selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


17.05.1988: Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bertitah selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.





Comments