Acara Sabung Ayam di Hulu Perak – 1921

OLEH: Izmal Karim



Deskripsi:

Foto Sabung Ayam di rakamkan oleh Harry Chase semasa Lowell Jackson Thomas bertemu Kapten Hubert Berkeley selaku DO (District Officer) di Hulu Perak.

Acara Sabung Ayam merupakan sebahagian dari aktiviti dan kegiatan di waktu senggang masyarakat dahulu. Hampir sebahagian besar budaya penduduk dari daratan ke bahagian kepulauan di Asia Tenggara sinonim dengan aktiviti laga haiwan (ayam, lembu, kambing sehinggakan ikan).

Alhamdulillah, kini acara laga ayam yang amat di larang dan di tegah dalam agama Islam yang mana ianya sudah ditinggalkan dari amalan budaya orang melayu dan islam di Malaysia.

Bagi memastikan kegiatan ini terus di bendung, barangsiapa yang terlibat dalam kegiatan laga ayam menjadi satu kesalahan undang-undang, boleh di tangkap serta di dakwa di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali ataupun boleh di dakwa di bawah Seksyen 44 (1)(b) Akta Binatang 1953, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM200, penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


Comments