Bombing Squadron 111 Tentera Amerika di Mersing, Johore – 1945.

OLEH: Izmal Karim

Deskripsi :

1 Ogos 1945, salah sebuah kapal terbang (Liberator Patrol Plane Commanders) dari pasukan pengebom tentera Amerika Syarikat (Patrol Bombing Squadron 111 (VPB-111) U.S.Navy) yang berlepas dari Palawan Army Air Field di Kepulauan Palawan, Filipina tiba di Mersing dalam “routine patrol” bagi kawasan pantai timur perairan semenanjung Tanah Melayu. Penerbangan pesawat VPB-111 ini merupakan sebahagian dari misi tentera Amerika dalam membantu tentera British merampas semula Tanah Melayu dari tentera Jepun di Asia Tenggara.

Skuadron ini di beri nama sebagai Bombing Squadron 111 (VB-111) dari Pasukan VP-21,Patrol Squadron dari Navy, Amerika Syarikat yang berpengkalan di Puerto Princesa Airfield, Palawan, Filipina yang berada pada kedudukan Latitude 9° 44' 32N Long 118° 45' 31E. Pesawat-pesawat ini berpusat di pengkalan yang asalnya dibina oleh Tentera Jepun dengan kerahan buruh paksa dari tahanan perang (Prisoner Of War (POW). Sebuah landasan baru juga telah di bina hasil dari tebusguna terumbu batu karang manakala terdapat sebuah landasan lama di bahagian selatan pulau.

Perkongsian peristiwa ini berdasarkan capaian informasi sejarah dari laporan “Aircraft Action Report” oleh Lt. (jg) T.C.Peebls yang merupakan sebahagian dari koleksi “World War II War Diaries 1941 – 1945 Tentera Amerika Syarikat. Rekod-rekod ini di klasifisikasikan sebagai Rahsia (Confidential) sebagaimana Executive Order 13526: Classified information in the United States. 31 Disember 2012 – koleksi rekod-rekod ini telah diturunkan/ditukarkan taraf kelas kepada terbuka oleh Arkib Negara Amerika Syarikat (NARA) kepada orang awam. Kini rekod-rekod tentera ini boleh di akses dari Arkib samada secara langsung ataupun atas talian samada bagi tujuan kajian ataupun penyelidikan.

“Made a special reconnaissance of Singapore harbor in the course of routine patrol along the Malay Coast and then reconnoitered the Cost line to the north. At Mersing, a Sugar Dog and a schooner were spotted near the rever bank. Nearby were parked a sedan and four truck. Lt. (jg) T.C.Peebls had no bombs so he went in and strafed all of the targets expending during four runs, 1400 rounds of ammunition, doing here some damage to all the target.

Further up the coast, Lt. (jg) T.C.Peebls came upon 2 Sugar Dogs towing there barges. Lt. (jg) T.C.Peebls made one run over these target getting hits on all of them with 400 rounds of 50’s that were expended”
- Lt. (jg) T.C.Peebls.

Walaupun Lt. (jg) T.C.Peebls dalam misi routine patrol beliau berupaya merosakkan sebahagian kecil 2 buah Sugar Dogs (Kapal), 1 Schooners, 3 buah Barges, 1 sedan serta 4 buah truck.







Rujukan :
1.The US Militaria Forum. Collectors preserving history, honoring veterans.
2.World War II War Diaries 1941 – 1945 - Fold3 - Historical Military Records.
3.FB Group Kota Bharu 8.12.41-Battle of Malaya & Singapore.
4.PB4Y-1 Liberator and PB4Y-2 Privateer – SAS1946 Forum.
5.Pengkalan Puerto Princesa Airfield (Palawan) - Pacific Wrecks.

___________________________
Izmal Karim

Comments