OLEH: Izmal Karim
Beliau berkesempatan mengadap Sultan Perak di Kuala Kangsar, Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan di Seri Menanti serta bertemu D.O Kapten Hubert Berkeley (1891-1925) di Hulu Perak dan Chief Secretary of the FMS, Sir William George Maxwell (1920-1925) di Kuala Lumpur.
Beliau sempat merakamkan kunjungan serta ekspedisinya ke Tanah Melayu dengan di sokong oleh Harry Chase selaku pengiring serta jurufoto yang mana di terdapat sekitar 600 keping dari koleksi foto-fotonya di Tanah Melayu.
Nama Lowell Thomas sudah pasti tidak boleh di pisahkan dengan Kolonel Thomas Edward Lawrence atau Lawrence of Arabia (16 Ogos 1888 – 19 Mei 1935) menjadi tokoh penting dalam peristiwa “Revolusi Arab” (1918-1921) yang mewarnai sejarah Semenanjung Hijaz dengan kerajaan Ottomaniah.
Walau bagaimanapun misi Lowell Thomas yang ingin membawa kemasukan para pelabur dari US di sektor perlombongan Bijih Timah dan perladangan Getah gagal berikutan tindakan British menyekat sebarang kemaraan ataupun penglibatan US di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Rujukan :
MARIST
Lowell Thomas bersama Sultan Iskandar Shah Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah di Kuala Kangsar, 1921.
Lowell Thomas bersama Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Tuanku Muhammad Tuanku Antah ((25 April 1865—1 Ogos 1933) di Istana Seri Menanti, 1921.
Lowell Thomas bersama Sir William George Maxwell di Kuala Lumpur, 1921
Lowell Thomas bersama D.O Kapten Hubert Berkeley di Hulu Perak, 1921
Orang ramai memerhati Harry Case jurufoto Lowell Thomas sedang merakamkan foto di Malaya, 1921
Lowell Thomas berpakaian baju melayu dan kain pelikat di Singapura, 1921.
___________________________
Izmal Karim
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Comments
Post a Comment