Ilmu Sejarah Tidak Berkembang?

OLEH: Mohd Herman Roslan

Ilmu sejarah berkembang seiring dengan perkembangan Sains dan Teknologi. Malah semua ilmu berkembang disebabkan SnT.

Sejarah bukan sekadar momumen,artifak tetapi lebih dari itu. Ia menggambarkan peradaban dan ketamdunan sebuah bangsa.

Di Malaysia ni Kedah adalah tamadun, Melaka belum dianggap tamadun walaupun ia adalah emporium. Tamadun merangkumi semua perkara dan melalui proses yang sangat panjang.

Jadi tak adil jika Tun kata sejarah ilmu yang tak berkembang dan naratif mencampurkan hal sejarah dengan tujuan politik adalah tindakan yang sangat tidak adil.

Tugas sejarawan adalah membetulkan pemikirn bangsa melalui naratif sejarah yang pelbagai walaupun ia melibatkan pandangan yang subjektif. Maksudnya ramai orang memberi pandangan kepada satu topik sejarah.

SnT berkembang disebabkan kajian berterusan, menerima dana yang begitu banyak dan nampak nilai material tapi sejarah nilainya adalah jiwa dan rohani. Sejarah melahirkan pelbagai falsafah kemanusiaan yang merubah manusia secara bertahap.

Nilai kemanusiaan seperti feudalisme, nasionalisme atau sosialisme mahupun Fasisme semuanya berasal dari transisi pemikiran dan pembelajaran sejarah manusia masa lalu.

Tanpa sahsiah dan sifat jati diri, tamadun tidak akan terbentuk dengan nilai murni walaupun kemajuan berjaya di capai seperti mana negara barat yang hilang nilai moral.

Sejarah juga mengkaji perubahan² manusia beragama yang turut menjelaskan mengapakah manusia menurut agama dan percaya bahawa nilai agama itu menjadi penentu kepada perubahan manusia.

SnT mengubah perlakuan manusia tapi sejarah mengubah pemikiran manusia seperti mana Tun yang melalui semua zaman getir Tanah Air sudah tentulah Tun belajar dari sejarah yang berlaku.

Sebagai manusia yang mencipta sejarah, Tun tentu lebih tahu malah kalau nak diharapkan ahli politik Malaysia majoritinya buta sejarah.

Pemikiran hampir semua ahli politik juga masih anglophile. Jasad saja Melayu tapi berhati British.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan Tun berkenaan sejarah ilmu yang tidak berkembang. Jangan samakan minat kita dengan orang lain. Ilmu Allah belaka dan semuanya ada nikmat tersendiri.

Kenapa Tun tak mau labur wang negara untuk Sungai Batu?.

Saya mengagumi Tun, tapi saya tidak gemar bidang saya direndah²kan waima dipop-culturekan atas dasar populis. Sifat sejarah adalah bongkah ais. Keras,dingin dan kaku tetapi ia cair untuk mengimbangi dunia yang tandus.


Comments