Kelapa Hasil Dagangan dari Melaka – 1921

OLEH: Izmal Karim

Deskripsi :
Antara foto-foto menarik dari koleksi Lowell Jackson Thomas di Melaka ketika berada di Malaya.

Lowell Jackson Thomas singgah ke sebuah kampung di Melaka dan Harry Chase sempat merakamkan aktiviti harian dan aksi beruk pemetik kelapa.

Kelapa kebiasaannya ditanam di kawasan berpasir di tepian pantai. Hampir sebahagian besar kawasan berpasir di pantai Semenanjung menjadi pilihan sebagai ladang-ladang kelapa. Isi kelapa di pisahkan dari tempurung dan ianya di keringkan sebagai kopra.

Kopra ini merupakan sumber utama dalam penghasilan minyak kelapa, minyak masak, marjerin dan pelbagai. Hasil kelapa kering ini merupakan antara salah sumber perdagangan dari Melaka dan negeri-negeri melayu di Semenanjung.

Orang-orang melayu antara mereka yang ramai terlibat dan bekerja dalam perusahaan dan penghasilan kopra. Foto-foto ini di rakamkan pada tahun 1921.

Rujukan:
MARIST.

















[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments