OLEH: Izmal Karim
Giovanni Battista Cerruti (1850 – 1914), peneroka (Explorer) dan bekas kapten dari angkatan tentera laut Itali mula tiba Asia Tenggara sekitar kurun ke 19 dalam misi meneroka dan mencari emas. Walau bagaimanapun hasratnya ini menemui kegagalan. Beliau akhirnya beralih arah menjadi salah seorang pengkaji anthropology dan mahir berkenaan Orang Asli ataupun Sakai di Perak.
Beliau sanggup tinggal dan menghabiskan usia dengan masyarakat Orang Asli ini dengan terlibat sama dalam urusan seharian mereka. Penglibatan beliau ini menyebabkan Kerajaan Negeri Perak telah melantik beliau sebagai “Superintendent of Sakai” sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Pulau Pinang pada 28 Mei 1914.
Beliau meninggalkan satu koleksi rekod dan foto-foto yang amat bernilai berkenaan masyarakat Orang Asli Sakai khususnya di sempadan Perak dan Pahang. Selain itu beliau pernah menghasilkan buku dalam Bahasa Itali yang berjaya di terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk ; My Friends the Savages,1908. (versi E- Book boleh di baca dari sumber website yang dinyatakan dalam rujukan yang di sediakan).
Antara sebahagian dari Koleksi foto-foto Giovanni Battista Cerruti yang berjaya di rakam oleh beliau sepanjang berada di Perak sekitar 1906.
Rujukan :
1.Koleksi Foto-foto Giovanni Battista Cerruti (1850 – 1914) di Italy.
2.28 May 1914, page 6 - The Singapore Free Press & Mercantile Advertiser – Arkib Akhbar Singapura.
3.17 Sept 1933, Page 5 – The Straits Times – Arkib Akhbar Singapura.
4.My Friends the Savages, 1908 (E – Book) - Project Gutenberg's Website.
2 orang Peneroka (Explorer) Eropah bersenjatakan senapang dan 2 orang Melayu di Perak - 1906
Seorang Lelaki Orang Asli ketika keluar mencari makanan di Hutan Perak - 1906
Asia - Malesia - chiesa della missione - ritratto di gruppo. Sebuah Chapel di kawasan Imigrant India berkemungkinan di Perak tapi tiada informasi lengkap - 1906.
Orang Asli suku Sakai di Perak - 1906
Kumpulan Masyarakat Melayu di Perak - 1906
3 Orang Asli Lelaki di Perak - 1906
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment