Menjawab Fitnah Jahat Yang Dilemparkan Kepada Syeikh Muhamad Ibnu Abdul Wahab

OLEH: Abu Syafia Imani

Sejak kebelakangan ini Kita sering melihat sebahagian umat manusia berkongsi gambar beberapa lelaki Arab dengan seorang lelaki berbangsa inggeris bernama Sir Percy Cox.

Mereka mendakwa salah seorang dari lelaki Arab itu adalah syeikh muhamad ibnu wahab Dan juga raja saud.

Maka mereka mengatakan ini adalah konspirasi yahudi Dan kaum wahabi dalam menjatuhkan kerajaan Islam di mekah.

Baik terlebih dahulu Kita lihat riwayat hidup muhamad ibnu wahab.

Mengikut dari Rujukan sahih muhamad ibnu wahab dilahirkan pada tahun 1703 dan wafat pada tahun 1792

Manakala Percy fox lahir tahun 1864 Dan meninggal pada tahun 1937

Disini jelas kedua mereka ini dilahirkan ditahun berbeza Dan waktu kelahiran Percy fox adalah  72 tahun Selepas kewafatan muhamad ibnu wahab.

Mengikut sejarah pada 1822 seorang lelaki dari perancis bernama joseph Nicéphore Niépce telah membuat foto Heliografi yang pertama dengan subjek Paus Pius VII, menggunakan proses heliografik Dan sejarah juga mencatatkan satu foto yang bertahan hingga sekarang dibuat pada tahun 1826.

Boleh dilihat pada gambar yang kami lampirkan serta link ini


 Dan waktu pertama Kali foto wujud adalah Selepas  34 tahun kewafatan muhamad ibnu wahab. 

Mustahil seorang manusia yang telah meninggal dunia boleh bergambar dengan manusia di zaman berbeza.

Allah swt berfirman

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” 
(surah Al-Hujurat: 6)

Jadi kesimpulannya jika bencikan sesuatu maka jangan sampai memfitnah dan jika ingin tahu maka kajilah.

Allah swt berfirman

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah. Al Baqarah:216.)




[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments