OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Bangsa Arab tidak memiliki kalendar yang tersusun sebelum zaman pemerintahan Umar.
Mereka sekadar menamakan bulan-bulan dengan pelbagai nama mengikut suku masing-masing.
Manakala bagi tahun pula, mereka sekadar memberikan nama berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Dan hal ini pula berlaku dalam sebuah lingkungan semata-mata.
Contohnya Tahun Gajah hanya disebut oleh masyarakat Arab yang berkaitan dengan peristiwa serangan Abrahan ke Makkah.
Sedangkan masyarakat Arab di bahagian utara atau timur Semenanjung Arab tidak berlaku sebarang serangan bergajah.
Maklumat tentang penyebutan tahun oleh sejarawan Islam lebih tertumpu pada Arab Quraysh. Mungkin kerana ia melibatkan pengetahuan yang perlu kita -sebagai umat Islam - pelajari berkaitan dengan Nabi Muhammad saw.
Contoh nama tahun yang sering terdengar oleh kita adalah:
(1) 'Tahun Meninggalnya Ka’ab bin Luai' - seorang tokoh Arab wafat.
(2) 'Tahun Gajah' - tentera Abrahah dari Yaman menyerang Makkah.
(3) 'Tahun Fijar' - meletusnya perang Fijar.
(4) 'Tahun Pemulauan'- berlaku sebelum Tahun Kesedihan, dimana umat Islam di pulau dan dihalau untuk tinggal disatu kawasan terasing.
(5) 'Tahun Kesedihan' - terjadi pada tahun ke 10 kenabian dimana Abu Talib dan Ummul Mu'minin Khadijah wafat.
Walaupun sistem penanggalan tahun yang dilakukan oleh Bangsa Arab terlalu longgar, namun mereka telah ada cara penetapan bulan dan namanya.
Al Azdi menyebutkan nama-nama bulan dalam Kaum Tsamud seperti di bawah ini:
1) Mujab
2) Mujir
3) Murid
4) Mulzim
5) Mashdar
6) Hawbar
7) Hunal
8) Muha
9) Dimar
10) Dabir
11) Haifal
12) Musbil
Manakala Al Biruni pula menulis nama-nama bulan dizaman lampau:
1) Al Mu'tamir
2) Najir
3) Kawwan
4) Shuwan / Bushon
5) Hantam / Hanin / Runna
6) Zuba
7) Al Asham
8) Adil
9) Nafiq / Natil
10) Waghil / Waghl
11) Hawa' / Rannah
12) Burk
Al Mas'udi pula mencatit nama bulan seperti berikut:
1) Nathiq
2) Tsaqil
3) Tholiq
4) Najir
5) Simah
6) Amnah
7) Ahlaq
8) Kusa'
9) Zahir
10) Burt
11) Harf
12) Na'as
Sedangkan di Iraq dan Syam pula terdapat nama-nama bulan seperti:
1) Nisan
2) Zayu
3) Siwan
4) Tamuz
5) Ab
6) Ailul
7) Aitsanim
8) Bul
9) Kislu
10) Thoibit
11) Syibath
12) Adzar
Comments
Post a Comment