Perairan Melaka Di Kepung 64 Buah Kapal Portugis

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Salah satu cara meruntuhkan keyakinan bangsa yang di jajah adalah memusnahkan bukti ketamadunan mereka dan merendah-rendahkan keupayaan mereka di samping menggambarkan kehebatan sang penjajah.

Contohnya gerbang milik bangsa Korea di musnahkan oleh Bangsa Jepun lalu mereka mendirikan gerbang baharu. Begitu juga seluruh kota A'Famosa di runtuhkan oleh British melainkan sebuah pintu sahaja yang diminta tinggal.

Maka begitulah kerja Portugis, pernah sekali dalam misi pelayaran pertama mereka, catatan Portugis menulis hanya 3 buah kapal berlepas dari Lisbon. 

Tetapi Gavioni Da Empoli, bangsa Itali yang bekerja dengan Portugis mencatitkan bahawa ada 4 kapal semuanya. Malah beliau turut menyenaraikan kesemua nama kapal terbabit.

Nampak bagaimana penipuan mereka dalam usaha menunjukkan mereka hebat. Tetapi penipuan ini tidak dapat ditutup.

Begitu juga Portugis mencatitkan bahawa 19 kapal menyerang Melaka dengan askar sebanyak 1900 orang!

Ini kisah dongeng! 

Bagaimana mungkin Melaka boleh tewas padahal memiliki 20,000 tentera, 3000 meriam di tembok kota, 8000 senjata api termasuk 2000 senapang, Batilion Gajah yang tersiap 20ekor semuanya!

Menurut Hamka dalam buku sejarahnya, jumlah kapal Portugis sebenarnya adalah 64 buah!

Dan lebih menarik, tentera Portugis bukan sahaja dri Benggali Putih malah ada dari Bangsa India di Goa dan ada ketumbukan dari askar Anak Raja Melayu juga. 

Hamka juga mencatatkan bahawa tentera Goa yang Islam adalah dari kaum Syiah!


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments