Trump Dalam Kenangan

 OLEH: Abu Taqiyuddin



Kalau kita membaca laporan media, kita akan dapati bahawa Trump digambarkan sebagai seorang Presiden Amerika paling teruk yang pernah ada dalam sejarah moden Amerika Syarikat.


Namun disebalik laporan media yang kebanyakkan tidak menyebelahi dia. Dia adalah Presiden Amerika terbaik ditawarkan kepada dunia.


1. Beliau tidak berusaha untuk menyebarkan Demokrasi Ala-Amerika kepada negara lain.


2. Beliau tidak begitu berminat mencampuri urusan negara lain.


3. Hubungan luar Amerika Syarikat dengan negara-negara lain hanyalah atas dasar perniagaan.


4. Menarik diri dari Perjanjian P5 + 1 yang membolehkan Iran memproses uranium dalam masa yang sama mendapat bantuan ekonomi dari negara kuasa besar dunia.


5. Membunuh Qaseem Soleimani, salah seorang orang penting dalam pasukan Tentera Revolusi Syiah Iran yang merupakan kumpulan tentera yang mendapat dana dari kerajaan Syiah Iran bagi menjalankan operasi membunuh ahli sunnah di negara-negara Sunni.


6. Menjadikan negaranya sendiri sebagai tempat menjalankan protes rusuhan yang selama ini disebarkan ke negara lain.


7. Isu hak asasi LGBTQ dibawah pentadbiran Trump tidak diutamakan, sekaligus negara-negara lain yang selama ini ditekan ekoran mempunyai dasar tidak mesra LGBTQ era pentadbiran Obama dapat menarik nafas lega.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments