Chaya: Sayur 'Super Food' Namun Berbahaya!

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Chaya yang berasal dari Yucatán ini ada banyak nama. Jika di negara jiran ia dipanggil Pepaya Jepang. Bentuknya seperti pokok Ubi Kayu dengan corak daun yang berbeza.

Kedua-dua pokok ini yang berada dalam satu family namun belainan genus. Dan kedua-duanya berasal dari benua Amerika.

Sama seperti pokok Ubi Kayu yang beracun jika dimakan mentah maka begitu juga daun Chaya. Ada racun sianida yang kesan sampingan yang paling buruk adalah hilang nyawa.

Untuk hilangkan racun pada Ubi Kayu dan Chaya sangat mudah, tidak seperti racun yang ada pada buah Kepayang. Cukup sekadar merebus sekitar 15 minit sebelum dapat diguna.

Ada beza nutrisi antara daun Ubi Kayu dan daun Chaya dimana nutrisi pada daun Chaya lebih banyak dari ubi kayu. Malah ia lebih berkhasiat dari bayam, kobis cina dan amaranth. Ia juga memiliki kandungan protein, kalsium dan vitamin C yang tinggi. Kerana kaya dengan pelbagai nutrisi maka daun Chaya dianggap satu daripada 'superfood'.

Oleh itu pokok Chaya ini memiliki banyak kebaikan dan dapat diguna untuk diet yang seimbang serta dapat juga dijadikan bahan rawatan tradisional.

Rasa daun Chaya itu lebih enak dari daun Ubi Kayu, ini sekadar pendapat peribadi. Mungkin ada orang yang lebih menyukai rasa kelat pada daun Ubi Kayu kerana daun Chaya itu tidak kelat.

Oh ya khabarnya pada pokon Ubi Kayu itu ada beberapa bahan yang dianggap sebagai 'anti-nutrisi', jadinya mungkin tidak berapa bagus untuk dimakan secara kerap.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments