OLEH: Abu Taqiyuddin
1. Bagi aku bukanlah satu isu yang besar. Dia raja, dia boleh pecat dan lantik sesiapa sahaja yang dia fikirkan sesuai mengisi jawatan Menteri yang bakal melicinkan pentadbiran kerajaannya.
2. Tidak semestinya apabila Menteri dipecat bermakna menteri berkenaan bermasalah. Sebaliknya ada diantara Menteri yang dipecat oleh Raja Salman diberikan kerja yang lain. Misalnya Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah bin Abdulaziz Al Rabeeah yang dipecat pada jawatannya pada tahun 2014.
3. Dan seperti biasa dan adat kerajaan Arab Saudi, mereka tidak perlu memberitahu atau mewar-warkan kepada semua pihak kenapa individu berkenaan dipecat.
4. Yang pasti, Dr. Abdullah Bin Abdulaziz Al Rabeeah kini menjadi Ketua Penyelia di King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre, organisasi yang menguruskan program-program bantuan kemanusiaan dibawah Raja Salman.
5. Jadi bagi aku kita kat Malaysia ni tak payahlah dok buat cerita konspirasi tah apa-apa. Toksah terikut-ikut cara barat 'menafsir' tindakan Raja Salman memecat barisan kabinetnya.
6. Lagi satu, Raja Salman ni raja berkuasa mutlak. Perintah dia adalah undang-undang.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment