Kisah Disebalik Batu Peringatan Raja Ahmad Di Sungai Terus

 OLEH: Iskandar Zulqarnain



Raja Ahmad punyai gelaran Raja Kecil Tengah untuk negeri Perak dan Raja Ahmad adalah merupakan putera ke dua kepada Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke 19). Raja Ahmad juga adalah merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Abdullah Mu’adzam Shah (Sultan Perak ke 20).


Anak gahara yang pernah memegang gelaran Raja Kecil Tengah untuk negeri Perak ini berkahwin dengan Che Puan Busu (Che Long) Puteri Daeng Masiah Puteri Raja Bugis.


Hasil perkahwinan tersebut, Raja Ahmad dikurniakan 2 orang putera yang mana anakanda sulungnya adalah merupakan Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’adzam Shah (Sultan Perak ke 23) manakala yang satu lagi bernama Raja Alang Iskandar (Raja Bendahara Alang Iskandar Marhum Teja).


Mengikut salasilah Sultan-sultan Perak, zuriat keturunan Raja Ahmad, Raja Kecil Tengah negeri Perak inilah yang menjadi Sultan Negeri Perak dan menerajui negeri Perak sejak pemerintahan Almarhum Sultan Idris I dalam tahun 1887 sehingga sekarang.



Raja Ahmad tidak sempat diangkat dan ditabal menjadi Sultan negeri Perak kerana telah mangkat lebih awal daripada kandanya. Raja Ahmad sempat menerima gelaran Raja Kecil Tengah, Raja Di-Hilir dan Raja Muda sahaja.


Kisahnya Raja Ahmad dikatakan meninggal dunia kerana terjatuh ke dalam kuala sungai Terus dan jenazahnya hilang dan tidak ditemui sewaktu sedang menaiki perahu. Jadi, untuk memperingati kemangkatan Raja Ahmad, sebuah batu peringatan telah didirikan di kawasan kuala sungai Terus.



Dipercayai Raja Ahmad juga adalah penjaga jin kerajaan negeri Perak di Beting Beras Basah yang terletak di kuala Sungai Perak. Seperti kita semua sedia maklum, Beting Beras Basah adalah sebuah lokasi yang wajib dilawati oleh setiap anak gahara yang ditabalkan menjadi Sultan Perak.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments