OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1.Golongan ISME-ISME cuba mainkan isu DASAR NEUTRALITI dalam hubungan KL - Arab Saudi.Bunyi macam sedap, tapi jom kita sama-sama fikir selepas perkongsian ini.Ambil gambar kaabah dan masjil nabawi renung betul-betul selepas ini.
2.Aku tidak sesekali percaya dengan akidah “neutral” atau tidak bias dalam memilih blok tertentu di Timur Tengah.Mujur aku rakyat biasa, maka tidak siapa akan peduli.
3.Akan tetapi, mari kita renung kembali dan baca betul-betul apa yang sedang berlaku di Timur Tengah saat ini.Kita semua nampak Arab Saudi kerana Kaabah di Mekah dan Masjid nabawi di Madinah, yang mana kedua-duanya wilayah dalam Arab Saudi.
4.Yaman sedang bergolak terutama sekali utara Yaman.Pengganas Houthi melakukan pemberontakan senjata di Yaman sejak 2014.Tidak berhenti setakat itu sahaja, kumpulan militan ini TELAH berkali-kali mensasarkan roket balisti ke arah Mekah, namun berajaya ditangkis.
5.Maaf, jangan lihat Houthi semata-mata militan di Yaman yang merampas kuasa secara keganasan.Tapi lihat kumpulan militan ini dengan ancaman yang jauh lebih besar.
6.Mereka direkrut oleh Hizbullah Lubnan dan mendapat bantuan dan dana dari Iran.Ini bukan lagi rahsia.Kalau anda pembaca akhbar arab, beberapa minggu lepas ia mendapat pendedahan yang ekslusif dengan bukti-bukti kajian yang didedahkan.
7.Ini bermakna, kumpulan yang “sinis” dengan keakraban hubungan dengan Arab Saudi cuba beri isyarat mereka cenderung kepada Hizbullah dan Iran! Cuba cari persamaan pula, Hizbullah adalah rakan perjuangan Hamas di Palestin! Maka jelas penganut ISME-ISME main silap mata dalam hal ini.Mereka yang tidak mengikuti perkembangan sahaja akan “termakan”.
8.HOUTHI hanya alat untuk cita-cita rakus untuk hegemoni هيمنة seluruh Timur Tengah untuk peta penguasaan 2050.Iran dan Turki sedang berebut kearah itu.
9.Yaman antara tahun 1962 hingga 1970 telah terlibat dalam kancah perang saudara.Mereka saat itu hanya merebut kuasa dan Mesir pimpinan Gamal Abdul Nasser telah menghantar tentera untuk membantu revolusi rakyat tersebut di Yaman hingga 1967, Mesir undurkan tentera kerana kalah dengan Israel dalam perang 6 hari di Sinai.Perang ketika itu hanya sesama mereka utk kuasa pemerintahan.Tidak mengganggu negara lain.
10.Geopolitik era 60 an berbeza dengan hari ini.Perang di Yaman era milinium ini lebih ganas kerana mereka mempunyai pakatan dan pengkaderan dari pihak luar berfahaman Syiah Imamiah.Perang di Yaman tidak boleh dilihat semata-mata perang saudara.
11.Negara-negara arab sedar situasi ini.Sebab itu pakatan NATO TIMUR TENGAH harus mendapat sokongan dunia arab dan Islam.
12.Selain Mekah yang terdapat Kaabah,militan Houthi telah menyerang PELABUHAN RAS TANNURAH, yang merupakan aset ARAMCO pada 7 mac baru-baru ini.
13.Pelabuhan ini adalah merupakan pelabuhan yang menyimpan minyak mentah paling besar besar di Timur Tengah dengan kadar 525,000 tong sehari dan menyimpan 90% eksport minyak Saudi.
14.Ini bermakna, serangan tersebut mensasarkan ekonomi Arab Saudi, negara yang didalamnya ada Kaabah dan Masjid Nabawi !
15.Selepas serangan ini, pentadbiran Biden benarkan Iran mengeluarkan USD 3 Bilion dari bank-bank di Iraq dan Korea Utara yang bertanggungjawab menyimpan wang2 Iran yang dibekukan kerana sekatan di zaman pentadbiran Trump.
16.Kira-kira beberapa minggu yang lepas, Presiden Biden telah mengeluarkan Houthi dari senarai kumpulan pengganas.
17.Kemudian, US telah menghantar utusan untuk duduk berbincang dengan Houthi dan ini berlaku serentak dengan usaha mereka mendekati Iran namun ditolak oleh Iran dengan jelas.
18.Apakah maknanya semua ini? Arab Saudi berhadapan dengan ancaman dari negara serantau dan dalam masa yang sama berdepan dengan konspirasi US?
19.Semua negara arab mula nyatakan sokongan terang-terangan kepada Arab Saudi saat ini dan kelihatan US hilang pengaruh apabila negara-negara arab mendekati Rusia pula.Akhbar-akhbar arab sejak semalam memaparkan kenyataan-kenyataan Rusia.
20.Dalam ketumbukan ini, Arab Saudi memerlukan sokongan sesama negara Islam.Adakah kita tunggu Kaabah berjaya diserang oleh Houthi dan Syiah Imamiah Iran menguasai Kaabah, barulah kita mahu mula percaya?
21.Tindakan mana-mana negara dalam pakatan ARAB SAUDI menyerang kedudukan Houthi adalah ABABEL yang bersama melinduni kesucian kaabah dan masjid nabawi.
22.Sebagai rakyat, secara peribadi, aku sangat setuju jika Malaysia bersama dalam apa yang dinamakan PAKATAN NATO TIMUR TENGAH.
Gambar : Pelabuhan Ras Tannurah, Dammam.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment