OLEH: Saufy Jauhary
Gambar diambil pada tahun 1864 di Singapura oleh John Thompson. Gambar ini dipamerkan di National Library Singapore dalam pameran On Paper; Singapore Before 1867.
Berkemungkinan mereka ini sama ada orang-orang Sultan Ali Iskandar Syah (mangkat 1877) atau orang-orang Temenggung Abu Bakar (jadi Temenggung sejak 1862 hingga 1868, mangkat sebagai Sultan pada tahun 1895) . Hal ini kerana hanya orang-orang mereka sahaja yang diberikan kelonggaran untuk membawa senjata secara terbuka.
Sejak tahun 1822 - 1823, Residen Singapura Stamford Raffles tidak membenarkan lagi orang-orang Melayu membawa senjata secara terbuka. Hal tersebut telah menyebabkan Sultan Hussein Syah merungut kerana membawa senjata adalah adat pusaka orang Melayu. Akhirnya Stamford Raffles memberikan kelonggaran kepada orang-orang yang mengiringi Sultan Hussein Syah seramai 12 orang dan orang-orang Temenggung Abdul Rahman juga seramai 12 orang untuk membawa senjata.
Kelonggaran ini sudah tentulah diteruskan kepada pewaris baginda berdua iaitu Sultan Ali Iskandar Syah dan Temenggung Ibrahim (seterusnya kepada Temenggung Abu Bakar). Berdasarkan tahun gambar ini diambil menunjukkan pada zaman mereka.
Sumber: Hikayat Abdullah
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment