Gambaran Kerajaan Islam Ternate 1579

 OLEH: Saufy Jauhary



Lakaran oleh pelukis dan penerbit Jerman yang bernama Matthaus Merian pada tahun 1631. Lakaran ini menceritakan tentang seorang utusan kerajaan England bernama Francis Drake sedang menghadap Sultan Baabullah di Istana Ternate pada tahun 1579 bagi tujuan menjalinkan hubungan dagangan kerana Kerajaan Islam Ternate (terletak di kepulauan Maluku) kaya dengan rempah ratus.
Francis Drake menyatakan bahawa baginda sultan dikelilingi oleh 60 orang pembesar yang dipanggil sebagai "Majlis Sultan". Ahli-ahli Majlis Sultan tersebut terdiri daripada orang-orang yang berserban seperti orang-orang Turki.
Di dalam lakaran juga dapat diperhatikan bangunan-bangunan tinggi di Kerajaan Islam Ternate yang tersergam Indah. Bangunan-bangunan ini membuktikan kerajaan Islam Ternate adalah sebuah kerajaan yang maju dalam aspek ketamadunan di zamannya.
Nota tambahan: Kepulauan Maluku adalah salah satu daripada kepulauan Melayu. Nama Maluku berasal daripada perkataan di dalam bahasa Arab iaitu Jazirat al-Mulk (جزيرة الملك) yang bermaksud  Semenanjung Raja-Raja.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments