Hormat: Mengampu dan Sombong

OLEH: Shahrul Aiman

Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada daripada kalangan kerabat VVIP yang kononnya mengeluarkan kenyataan berbaur perli. Kenyataan tersebut terlalu umum untuk kita katakan perli, sindir mahupun sekadar gurauan biasa. Namun begitu umum mengetahui bahawa jika sudah ada yang berhati busuk, apa sahaja niat yang ada dihati sekiranya zahir menampakkan keburukan, maka keburukanlah yang akan diambil.

Saya teringat satu peristiwa dimana saya ingin membawa satu perubahan dalam cara penggunaan kata nama diri. Saya bahasakan diri saya "saya" dan si fulan dihadapan saya dengan "awak, demo, penama si fulan" atau semisalnya. Kemudian saya di label kerek. 

Sebenarnya asbab saya melakukan sedemikian selain menunjukkan kematangan saya sebagai seorang senior, saya ingin mereka menghormati apa sahaja kerja yang mereka buat bersama dengan saya. Kerana kebanyakkan mereka yang saya bekerjasama apabila menggunakan pendekatan sebagai seorang kawan, ramai yang pijak kepala saya, tidak hormat, mudah kata hilangnya "common sense".
Panggilan hormat juga akan menimbulkan perbezaan darjat. Tidak adil sekiranya seseorang itu kita katakan dia mengampu, kerana memanggil sifulan dengan bahasa yang baik, atau seseorang itu sombong kerana dia membahasakan diri dia dengan panggilan tertentu. Sebahagian besar manusia, memanggil si fulan dengan gelaran yang baik kerana rasa hormat, rendah diri, sedar siapakah yang lebih utama antara keduanya dan semisalnya.

Apa yang ingin disampaikan ialah, ada banyak ketika, kita tidak perlu untuk bersekududukan taraf kita dengan manusia. Kita mempunyai kebanggan namun jangan jadikan ia untuk menyombongkan diri. Kita ada sifat ihsan sesama manusia, maka fikirlah jalan yang terbaik untuk berbuat baik kepada mereka dan bukannya duduk sama rendah secara membuta tuli.

Begitu juga dengan pihak VVIP, mereka tidak seharusnya menceburkan diri didalam kancah media sosial seperti rakyat marhaen atau akan ada segolongan yang memang suka membuat onar mengambil peluang. Tidak bermain media sosial tidak menjadikan seseorang itu peramah atau sombong tetapi bagi menjaga etika rasa hormat, adakalanya pihak tertentu tidak berada setaraf dengan mereka yang di bawah.

Jagalah kedudukan kita dengan niat yang jujur. Mudah-mudahan Allah hadirkan manusia yang baik baik belaka sebagai peneman kita di dunia. Wallahualam.

[Legasi Pemikir - LEKIR]



Comments