OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Membandingkan Melayu dengan Jepun adalah tidak adil sebaliknya zalim.
Mereka tidak pernah dijajah dan hanya tewas perang pada perang Dunia Ke-2.
Padahal Melayu telah mula dijajah dan sentiasa berperang melawan penjajah semenjak 1511.
Sedangkan ketika kurun 16, Jepun baharu mengenal kemajuan sehingga Hang Tuah hanya mengirim surat sahaja tanpa perlu berkunjung ke Ryukyu dengan Mendam Berahi - nya yang laju itu.
Dan ketika di jajah, seluruh monumen agung Melayu dihancurkan, seluruh kitab dirampas, seluruh sistem pendidikan dihapus, seluruh kemahiran pelayar dan membuat kapal disusahkan. Kemudian setiap masa mentra "Melayu bodoh dan malas" didengunkan.
Lalu apa yang terjadi pada bangsa kita yang telah tewas perang itu; saat maruahnya sirna, air mukanya tercoreng, kekayaannya terhadang dan dunia sempit baginya.
Melayu berubah sikap dan watak kerana dua desakan:
(1) dari penjajah yang merencanakan agar Melayu mundur sehingga tidak bangun menentang mereka.
(2) dari diri mereka yang telah beransur-ansur menumbuhkan jiwa "hamba abdi".
Comments
Post a Comment