OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Kalau mengikut rencana maka yang akan menggantikan Tun Tuan sebagai Laksamana Melaka adalah Hang Biajid, anak lelakinya.
Tetapi takdir Tuhan menetapkan Khoja Hassan, menantu Tun Tuah, dan itu pun tidak lama kerana di pecat akibat membuat laporan 'salah laku Bendahara Sri Maharaja' tanpa usul periksa.
Akhirnya Laksamana Melaka Terakhir dan Laksamana Pertama Johor adalah Hang Nadim, juga menantu Tun Tuah.
Hang Nadim yang ditakutkan Peringgi itu telah menggempur lebih 20 kali sehingga Peringgi hanya berkuasa di kota Melaka sahaja dan gagal mengawal Selat Melaka.
Hang Nadim tidak ada di Melaka saat Alfonso menawan kotaraya megah itu, yang mana dia sedang meronda jajahan Melaka.
Mengapa Hang Biajid tidak menjadi Laksamana padahal ketika itu dia sedang dalam laluan untuk menjabat jawatan tersebut.
Semuanya kerana dia telah mengundur diri dari menjadi pegawai Keajaan setelah dia mendapati isterinya bermukah dengan Sultan Mahmud.
Hang Biajid yang menjaga kawasan Merba dan itulah jajahannya dan dia juga disiapkan dengan 'kelengkapan' di Merba.
Sekali dia pulang dari Merba pada waktu malam atau subuh, maka dia terserempak dengan Sultan di halaman rumahnya.
Maka dia melambung-lambung lembing nya - sedangkan dia adalah pakar lembing - lalu berkata bahawa ikutkan hatinya, mahu sahaja dia lempar lembing itu ke ada Sultan. Tapi bukan adatnya dan jika dia membunuh Sultan maka tukarlah namanya dari anak Hang Tuah.
Kemudiannya dia meletak jawatan serta bersumpah untuk tidak akan terlibat dengan pemerintahan.
Itulah adat kita dan budaya kita. Itulah yang diajar Islam: jangan membunuh tanpa perbicaraan, jangan menderhaka pada Sultan, tegur kesalahan di hadapan sultan sehingga cuping telinganya sendiri mendengar, undur lah diri dari pintu penguasa jika itu memberi kebaikan.
Pantang adat Melayu untuk menjadi penderhaka!
Comments
Post a Comment