Menurut Al-Quran: Bilakah Tarikh Kelahiran Nabi Isa?

 OLEH: Saufy Jauhary


MUSLIM: Mengapa anda menyambut Krismas pada 25 Disember sedangkan Ortodok menyambutnya pada 7 Januari setiap tahun?

KRISTIAN: Kami berbeza pendapat tetapi tetap menyembah Tuhan yang sama sebagaimana yang diperintahkan oleh Bible.

MUSLIM: Bukankah Jesus lahir pada musim panas (Summer Time) sebagaimana yang diceritakan oleh Lukas 2:8-12:

"Pada malam itu, beberapa orang gembala sedang menjaga domba di padang, tiba-tiba Malaikat Tuhan menampakkan diri kepada mereka cahaya kemuliaan Tuhan menerangi mereka sehingga mereka ketakutan. Tetapi Malaikat itu berkata 'Jangan takut! Aku datang membawa berita baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, seorang bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung".


Lafaz Pengembala yang mengembala ternakannya pada waktu malam adalah bukti yang menunjukkan bahawa ketika kelahiran Jesus adalah musim panas kerana mereka terpaksa mengembala pada malam hari di tengah padang kerana kepanasan pada waktu siang. Persoalan yang timbul ialah mengapa anda merayakan kelahiran Jesus pada 25 Disember (winter time) walaupun Lukas sendiri menceritakan kelahiran Jesus ialah ketika musim panas?


Perhatikan ayat-ayat al-Quran Surah Maryam ayat 23 hingga 25 ini dalam menceritakan saat-saat kelahiran Jesus:

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا (23) فَنَادَاهَا مِن تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا (24) وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا(25)

Maksudnya: Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal POHON KURMA, maka ia berkata: "Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan." Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah. "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu. Dan goyanglah pangkal POHON KURMA itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu."


Tahukah anda mengapa ayat ini kami jadikan hujah kepada anda bahawa al-Quran adalah fakta yang tepat dalam membuktikan saat kelahiran Jesus? Ini adalah kerana al-Quran telah menceritakan secara jelas bahawa ketika Jesus dilahirkan, pohon kurma sedang berbuah. Sebagaimana yang kita tahu, pohon kurma berbuah pada musim panas (Summer Time)

[Petikan daripada "Mereka Bertanya Tentang Islam Anda Menjawab", Rasyidy Jamil Muhammad Ar Rashid, m/s 54-55, terbitan TUAN FARAH ISLAMIC FOUNDATION, cetakan kelima - Mac 2009]



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments