Nano Perak Sebagai 'Hand Sanitizer'

 OLEH: Muhd Faiz Sazali


Semalam pergi ke farmasi Alpro terjumpa pula satu 'Handsanitizer' unik dekat kaunter. Pharmacist bagitahu  Handsanitizer tu tanpa alcohol kemudian dia bagitahu antara kandungannya adalah Nano Perak.

Tak sangka, penggunaan Nano Perak ni semakin meluas sehingga dijadikan sebagai Handsanitizer pula. Dalam Deodorant (ubat ketiak) pun ada jika korang perasaan dalam produk Nivea khususnya Nivea Men.

Nano Perak/Nano Silver/atau juga dikenali sebagai “Colloidal Silver” adalah larutan zarah perak tulen bersaiz nano di dalam air. Tanpa sebarang benda            asing di dalam. 

Larutan Perak bersaiz nano telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu untuk membantu merawat             pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, kulat atau virus. Perubatan berasaskan            Perak ini sering digunakan oleh pengamal perubatan bahan semulajadi di barat dan juga digunakan              secara tradisional pada zaman dahulu.

So, bahan ini dan kaedah ini sebenar sudah wujud sebelum perubatan moden diperkenalkan. Kita je baru tahu dan baru sahaja didedahkan perkara ini. Malah sekarang ini lebih dikomersialkan.

Namun untuk sebagai pendustrian kebanyakan menggunakan chemical reaction/ serbuk silver. Manakala dari segi kualiti sangat kurang berbanding menggunakan kaedah larutan air suling bersama plat silver 99%.



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments