OLEH: Huzaifah Hadis
Di saat sekolah-sekolah di bandar cukup fasiliti dan kemudahan, sekolah milik NGO untuk warga pelarian bukan sekadar memiliki kipas tetapi juga aircond, hakikatnya ada di kalangan warga Kunak masih lagi ramai dianaktirikan.
Bukan sekadar aircond tiada, kipas dan lampu pun ada yang tidak berfungsi. Isu pendawaian bertahun-tahun sudah diajukan kepada pihak atasan tetapi tiada bajet, itulah kata penyudah.
Bukan sekolah dikawasan pergunungan, yang cukup dengan cuaca sejuk seperti di Keningau, ini sekolah di kawasan kampung biasa, yang memang panas membahang bila waktu tengah hari.
Rata-rata murid yang menduduki kelas tersebut, bila ditanya : "sudah biasa ust dengan panas". Itulah jawapan murid-murid yang redha.
Jikalau ingin mengharap PIBG, ini bukan ibu bapa di Sri Hartamas dan Mont Kiara, bukan juga ibu bapa di lembah Klang, rata-rata pendapatan mereka, tersangat sayu dan menyedihkan.
Bukan salah pentadbir, kerana pentadbir telah mengusahakan pada kadar yang mereka mampu lakukan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak masuk lagi yang sanggup berjalan kaki ke sekolah lantaran dihimpit kemiskinan.
Tatkala hujan lebat, mereka tidak dapat hadir ke sekolah kerana tiada pengangkutan. Itulah alasan mereka.
Jikalau PKP?
Mereka terputus pelajaran, tidak mampu ber"online" seperti murid-murid biasa. Maka yang memiliki kemudahan, terus maju ke hadapan, yang dihimpit kemiskinan, terpaksa berusaha lebih gigih.
Ini bukan tahun 60-an,
Tetapi itulah realiti anak-anak murid di kawasan sini.
P/s: Dulu hanya sekadar mendengar cerita, kini realiti berlaku saban hari didepan mata.
Maaf, amat terasa bila melihat lengkapnya sekolah pelarian bawah NGO dan daifnya sekolah sendiri.
Tidak dapat bayangkan bagaimana gigihnya mereka berpuasa dalam keadaan tersebut.
Comments
Post a Comment