OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1.Ketika saya menulis entry sebelum ini tentang "HAY SHEIKH JARRAH : PUNCA KEMELUT SEBENAR BAITUL MAQDIS HARI INI", saya sengaja tidak menyebut fakta yang lebih penting berbanding yang penting bagi mengelak fokus pembaca taksub fikrah atau ISLAMIS menghujum satu2 point semata.Tujuan penulisan untuk memahamkan isu sebenar.
2.Bayangkan kalau saya sebut dari awal kelibat UTHMANIAH sebagai punca utama penempatan haram Yahudi di Palestin hari ini, perbahasan awal memahamkan pembaca bahawa Palestin bukan sahaja isu GAZA, tapi PENEMPATAN HARAM YAHUDI dan MEYAHUDIKAN BAITUL MAQDIS tidak akan menjadi tumpuan.
3.Sejarah UTHMANIAH yang dibawa, difilemkan, dan dibukukan di Tanah Melayu kita harus dibugar kembali dan dinilai dengan adil.
4.Amat jengkel sekali, apabila dunia melayu mengangkat watak Sultan Abdul Hamid II sebagai hero Palestin dan Baitul Maqdis sedangkan hakikatnya bukan begitu.Melayu mengangkat wataknya semata-mata filem Turki?
UNDANG-UNDANG PEMILIKAN ASING TANAH PALESTIN OLEH SULTAN UTHMANIAH 1884
5.Kalau bercakap tentang krisis Palestin, seringkali ISLAMIS dan “penyeleweng sejarah yang berjanggut” menyebut PERISYTIHARAN BALFOUR 1917.
6.Sampai hari ini, pasti ramai yang melihat kemelut Palestin yang tidak berkesudahan hari ini bermula dengan Perisytiharan Balfour 1917 dan kejatuhan Empayar penjajah Uthmaniah 1924.
7.Mengapa mereka terus langkau 1917? Bagaimana berani mereka memalsukan sejarah dan mengelirukan orang ramai dengan menyembunyikan fakta paling penting pada tahun 1884!
8.Selepas Yahudi diusir dari Spain, Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul telah mengalu-alukan penghijrahan Yahudi ke Palestin.
9.Lebih teruk lagi, pada tahun 1884 Kerajaan Uthmaniah di bawah Sultan Abdul Hamid II yang diangkat-angkat dan dijulang-julang oleh dunia melayu telah memperkenalkan undang-undang yang MEMBENARKAN ORANG ASING MEMILIKI TANAH DI PALESTIN yang semestinya perkara paling dinantikan oleh Yahudi ketika itu .
UNDANG-UNDANG HAK KEISTIMEWAAN ORANG ASING DAN PERJANJIAN RAHSIA UTHMANIAH - BRITISH
9.Tidak terhenti dengan kebenaran secara undang-undang pada tahun 1884 terdapat siri perbincangan yang panjang dari 1896 hingga 1902 antara Sultan Abdul Hamid II dengan Sir Mark Sykes, diplomat British di Timur Tengah.Ini berlaku sebelum kejatuhan Khalifah sendiri dan semestinya “penyeleweng sejarah yang berjanggut” sengaja tidak menyebut perkara ini, dan bagi bangsaku melayu, kamu telah dicandukan oleh filem2 buatan Turki kononnya Sultan “Khalifah” Uthmaniah mempertahankan Palestin.
10.Sebelum undang-undang Kerajaan Uthmaniah membenarkan pemilikan asing di Palestin, penjajah ini telah memperkenalkan undang-undang hak keistimewaan orang asing قانون الامتيازات الأجنبية pada awal kurun ke 19 yang memberikan ruang kepada Yahudi dapat beberapa keistimewaan bukan sahaja di Palestin bahkan semua negara-negara di bawah empayarnya.
11.Dari sinilah, Yahudi ASHKANEZ dari Eropah dan Amerika Syarikat mula menyusup masuk ke Palestin antara tahun 1822 hingga 1823 dan berjaya sepenuhnya pada tahun 1840 !! Yahudi mula meletakkan entiti perniagaan mereka hingga akhirnya menguasai ekonomi di Palestin !!
12.Pelik bin Hairan, undang-undang yang memberi ruang keistimewaan asing di bawah tanah-tanah jajahan Uthmaniah ini telah dimansuhkan oleh Kamal Attaturk pada tahun 1937 selepas menjatuhkan Kesultanan Uthmaniah.Kamal Attatruk, seorang figura bangsa Turki yang dimomokkan oleh ISLAMIS sebagai berasal dari Yahudi, bapa sekular dan anti Islam! (hah sudah...jap g ada lah tuh yg kata aku pro sekular pulak tuuuh...haha)
12.Tidak susah untuk menemui fakta-fakta ini, syarat anda punya kerajinan sedikit dan boleh membaca salah satu dari enam bahasa utama dunia, Bahasa Arab.Carilah buku Ensiklopedia Sejarah Zionis tulisan Almarhum Dr Abdul Wahab AL Masiriy.
موسوعة تاريخ الصهيونية - للدكتور عبد الوهاب المسيري
semua ini termuat di sana.
TERIMALAH HAKIKAT
13.Tembok pemikiran yang mengatakan, runtuhnya Khalifah Uthmaniah adalah asas konflik di Palestin perlu diruntuhkan.Benamkan kejahilan dengan zahirnya hak.
14.Perisytiharan Balfour 1917 yang menjadi asas pembentukan Israel dan penempatan haram yahudi secara besar-besaran pada tahun 1919, bukan bermula dengan Balfour sebenarnya tapi dasar-dasar Kerajaan dan Sultan -Sultan Uthmaniah sendiri menyumbang segala kemelut hari ini.
15.Bagaimana kita dan paling berat sekali orang Palestin yang mendapat Ihsan Kerajaan Jordan pada tahun 1956 MENGURNIAKAN TANAH yang dinamakan Sheikh Jarrah berdepan dengan siri perbicaraan di mahkamah Israel sejak 1970 untuk menolak dakwaan sekumpulan Yahudi Eskanez terhadap hak pemilikan mereka pada tahun 1885 sedangkan memang ada undang-undang yang membenarkan pemilikan mereka pada tahun 1884!!
16.Namun, pada tahuhn 1948 Tanah tersebut (Baitul Maqdis Timur) telah dimiliki oleh Kerajaan Jordan dan tiada bukti bahawa kerajaan Jordan mengusir Yahudi dari sana pada tahun 1948.
17.Maka sebab itulah beberapa hari lepas kerajaan Jordan melalui diplomatnya telah menunjukkan dokumen yang lebih sah yang merujuk tahun 1956 tentang pemilikan rakyat Palestin secara kurniaan kepada Majlis Keselamatan PBB dalam usaha meredakan ketegangan di kawasan konflik.
18.Saya mulakan pendedahan-pendedahan ini dahulu sebagai muqaddimah sebelum menjawab hujuman liar yang menuduh negara arab berdiam diri tidak membantu Palestin hari ini supaya para pembaca dan pencinta kebenaran tahu dimana semua kemelut bermula secara mendasar ke akar isu hari ini.
DALAM POSTING YANG AKAN DATANG SAYA AKAN TERUS JAWAB TUDUHAN MELAMPAU MENGAPA ARAB TIDAK MEMBANTU PALESTIN HARI INI.
---------------------------------------------------------------
MENJAWAB ARTIKEL BANTAHAN
1.Rupanya ada yang panas dengan tulisan saya sebelum ini apabila peristiwa 1884 kelulusan Uthmaniah atau Sultan Abdul Hamid II membenarkan pemilikan asing di Palestin yang memberi ruang Yahudi memiliki tanah di Palestin dijadikan perhatian.
2.Tajuk yang diberikan penulis melambangkan kedangkalannya dan kurang atau tidak membaca rujukan asal Bahasa Arab, hanya bergantung kepada rujukan sekunder tulisan barat."PENYELEWENGAN SEJARAH DEMI SIKAP LEPAS TANGAN KAUM ARAB” membuktikan penulis seorang yang Pro Uthmaniah, bahkan rujukannya hanya tulisan barat yang semestinya barat punya dosa bersama dalam krisis Palestin hari ini kerana mereka punya sejarah pengusiran-pengusiran Yahudi.
3.Pentaksub Uthmaniah cuba menyucikan tindakan Uthmaniah dengan memandang UNDANG-UNDANG KEISTIMEWAAN ORANG ASING sebagai sebagai HAK “PENGHIJRAH”
4.Yahudi yang berhijrah dari Andalus tetap pendatang, semasa kurun ke 16 hingga awal kurun ke 19 mereka hanya angka yang kecil.Itu bukan perbahasan.
5.Dr Abdul Wahab Al Masiriy adalah pakar yang dalam bidang ini dan kajiannya diperakui sehingga yahudi sendiri takut dengan kajiannya hingga cuba kajiannya cuba dihalang masuk ke Seminar Kebudayaan Antarabangsa di Franfkfurt 2004.(Nanti saya ulas bab ini)
6.Dalam buku beliau, walau memperakui Sultan Empayar Uthmaniah mengalu-alukan kedatangan Yahudi yang diusir dari Spain ke wilayah yang dijajahnya, tapi ia bukan dalam bentuk PENGHIJRAHAN yang bermaksud membina penempatan secara besar-besaran (hijrah bermaksud satu kedatangan secara dari satu kawasan secara beramai-ramai dan terus menetap di kawasan baru tersebut).
7.Dr Al Masiriy meletakkan tiga peringkat penghijrahan Yahudi :
7.1 Peringkat pertama : dari kurun ke 16 hingga awal kurun ke 19, penghijrahan Yahudi SEPHARD يهود السفارد atau Yahudi yang datang dari Spain dan Portugal.Walaubagaimana pun, Yahudi yang berhijrah dan membina penempatan, tidak membina penempatan di Palestin. (Juzu 1, muka surat 75)
7.2 peringkat kedua : dari awal kurun ke 19 hingga 1880 atau selepas perang Napolean melibatkan jerman, Belgium, Francis dan beberapa negara Eropah lain.
7.3 peringkat ketiga : dari 1881 hingga 1939 melibatkan Rusia dan selepas undang-undang yang melarang penghijrahan ke Rusia pada 1924, mereka menjadikan Palestin kawasan penghijrahan dari tahun 1925 hingga 1933.
8.Bukan isu penghijrahan yang kita nak bincang.Apa yang dibincang dari awal ialah DASAR YANG MEMBAWA KEPADA PENEMPATAN HARAM YAHUDI secara besar-besaran yang faktornya dari undang-undang Penjajah Uthmaniah di negara yang dijajah.
9.Jika benar sekali pun Yahudi di Palestin yang berhijrah pada kurun ke 16 tersebut bukan lagi orang asing dan hanya Minoriti, tapi undang-undang yang MENYUMBANG penempatan mereka secara besar-besaran semasa penghijrahan 1925 hingga 1933 sebelum perang arab 1948 adalah bermula dengan aktiviti penguasaan perniagaan 1822 hingga pemilikan hak milik selepas 1884 yang mana hari ini, isu penempatan haram berlegar sekitar isu-isu ini seperti insiden baru2 ini yang melibatkan HAY SYEIKH JARRAH.
10.Yahudi yang datang ke Palestin semasa sebelum 1884 adalah YAHUDI ASHKANEZ yang ketika mereka berkelompok datang menyusup pada tahun 1822 dan 1833n dan seterusnya berjaya hingga menguasai empayar perniagaan di sana pada tahun 1840 kerana undang2 hak keistimewaan orang asing berkuatkuasa begitu juga semasa 1884 tahun semasa undang-undang hak pemilikan asing diluluskan oleh Sultan penjajah Uthmaniah Abdul Hamid II, adalah berstatus ORANG ASING.
11.Memang aku tak mention Zionism langsung sebab masa tahun2 itu belum wujud dan aku fokus YAHUDI ASHKANEZ yang merupakan “orang asing” bagi Empayar Uthmaniah pada tahun-tahun itu kerana mereka dari negara yang bukan di bawah jajahan Uthmaniah seperti Rusia, Francis, British....nie semua wilayah uthmaniah ke baghal??
12.Bagitau sahajalah yang anda pentaksub Uthmaniah yang elergik apabila ada hakikat sebenar Uthmaniah didedahkan!! Masalah penulis sebenarnya tidak faham asal usul isu penempatan Yahudi hari ini yang berpunca dari Yahudi barat dan segala aktiviti berkaitan sekitar sebelum tertubuhnya zionis.
13."Gabenor lebih kuasa dari Sultan” adalah hujah dangkal Islamis dan Pro Uthamaniah yang tidak boleh menerima hakikat kelemahan Uthmaniah.Muhammad Ali Pasha tidak datang ke Mesir sebagai Gabenor Uthmaniah, beliau isytihar keluar dan memberontak dari Uthmaniah bahkan terlibat dalam perang memerangi Uthmaniah sendiri ketika perang SHAM.Isu Gabenor lebih kuasa tidak ada kaitan dalam hal ini, tapi undang2 yang diperkenalkan Uthmaniah memudahkan campur tangan asing.
14.Arab menolak cadangangan PBB 1947 adalah kerana mempertahankan Baitlu Maqdis dan tanah Palestin.Mesir, Saudi, Jordan dan Syria ketika itu menyertai perang arab yang mempertahankannya.Bunyi point ke sembilan tuh macam merendahkan perjuanganh arab, iyerlah masa tuh arab yang ada tidak cukup kekuatan dengan persenjataan yang serba kurang kerana mereka negara bekas jajahan UTHMANIAH yang tidak mewarisi industri peralatan ketenteraan yang kuat dan setanding dengan musuh untuk mereka berjuang bahkan negara2 bekas jajahan Uthmaniah diwariskan difaradihkan pula kepada penjajah lain, British!!
Ok, sekarang siapa yang menyeleweng ??!!!
Aku pun bersolidariti untuk Palestin tapi bukan dengan kaca mata Islamis dan Pentaksub penjajah Uthmaniah.
Rujukan : Ensiklopedia Zionis - Dr Abdul Wahab Al Masiriy
-------------------------------------------------------------------
LAGI BUKTI DASAR KERAJAAN UTHMANIAH PUNCA PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN : SEKALIGUS MENJAWAB TOHMAHAN TERHADAP POSTING SAYA SEBELUM INI
1.Dalam posting sebelum ini yang bertajuk “Dasar Kerajaan Uthmaniah Punca Penempatan Yahudi di Palestin” telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Terima Kasih kepada pembaca.
2.Namun terdapat suara-suara PRO ISLAMIS (walau ada sebahagiannya tidak mengaku) yang cuba menegakkan benang basah.
3.Mereka nafikan INDIVIDU DIPLOMAT INGGERIS yang dinyatakan dalam kajian rujukan saya, mereka menafikan keterlibatan Sultan Abdul Hamid II, bahkan mereka menganggap tulisan saya sebagai “PENYELEWENGAN SEJARAH DEMI SIKAP LEPAS TANGAN KAUM ARAB”.
PENEMAPATAN YAHUDI BERMULA 1857
4.Sebelum ini saya telah mendedahkan kajian Dr Abdul Wahab Al Masiri yang menyatakan Yahudi Ashkanez menyelinap ke Palestin dari tahun 1822-1823 dan berjaya bertapak di Palestin pada tahun 1840 menjalankan perniagaan sebagai titik tolak penempatan Yahudi (bukan warganegara tanah jajahan Uthmaniah).
5.Baru-baru ini saya menemui bukti baru dari sumber rasmi dari dalam Palestin sendiri Agensi Berita WAFA Palestin menyatakan, titik tolak penempatan yahudi di Palestin bermula pada tahun 1857 apabila Moses Montefiore membeli sebidang tanah di kawasan Baitul Maqdis.
SIAPA MOSES MONTEFIORE ?
6.Moses Montefiore adalah seorang Kaya Raya Yahudi yang mengasaskan bank dan berasal dari Britain dan ini bermakna beliau adalah Yahudi Ashkanez.Maklumat lebih terperinci dalam carian WIKIPEDIA menyatakan pula, beliau telah berjaya memujuk Sultan Penjajah Uthmaniah pada tahun 1840 memberikan beliau KEISTIMEWAAN YANG DINIKMATI OLEH SEMUA YAHUDI YANG TINGGAL DALAM EMPAYAR UTHMANIAH.
7.Ini membuktikan, bukan orang lain yang menyeleweng dasar penjajah Uthmaniah dalam pelaksaan undang-undang memberi keistimewaan orang asing melainkan sultan Uthmaniah sendiri.
8.”Amirul Mukminin” (FB: https://www.facebook.com/amirulmukminin1648) hanya mempersoalkan “timeline” yang salah apabila saya menyebut diperkenalkan awal kurun ke 19 tapi sebenarnya dari kurun ke 16 lagi.
9.Ini berpunca kerana Dr Abdul Wahab Al Masiriy dalam bukunya menceritakan titik tolak penempatan yahudi bermula dengan usaha yahudi Ashkanez yang menyelinap ke dalam Palestin dari tahun 1822 dan 1823 dan berjaya tahun 1840 kerana dasar kerajaan Penjajah Uthmaniah yang memperkenalkan Undang-undang yang memberi hak keistimewaan kepada orang asing.Beliau bercerita yang suasana kurun ke 19 dan asal usul undang-undang yang katanya diperkenalkan sejak kurun ke 16 memberi ruang untuk cuma meremehkan pendedahan saya sebelum ini.
10.Walaubagaimana pun, fakta-fakta tersurat dalam Ensiklopedia Dr Abdul Wahab Al Masiriy masih benar dan diperincikan oleh bukti-bukti sokongan dari rujukan lain.Saya nyatakan bukti-bukti sokongan dalam imej bernombor 1 dan 2.
SIKAP SEBENAR SULTAN ABDUL HAMID II
11.Sebelum ini saya nyatakan reaksi Sultan Abdul Hamid II, Sultan Empayar Penjajah Uthmaniah terhadap diplomat Iggeris dalam siri perbincangan yang panjang antara tahun 1898 hingga 1902 untuk penempatan Yahudi.
12.Terdapat sebuah rakaman video seorang pengkaji sejarah timur tengah, Dr Sultan Al Ashqah mendedahkan sebuah kajian yang ditulis oleh Dr Amin Abdullah Mahmud dalam sebuah buku bertajuk PROJEK-PROJEK PENEMPATAN YAUHDI yang menunjukkan Sultan Abdul Hamid II memberikan kemudahan kepada Zionis untuk membina penempatan Yahudi di Palestin dan memang terdapat siri rundingan dari tahun 1896 hingga 1902 bersama Herzl, tokoh Zionis.(Tahun rundingan panjang, dan nama berbeza, namun fakta rundingan untuk penempatan Yahudi bersama Sultan Abdul Hamid II memang benar2 berlaku.Ini bermakna fakta utama dalam pendedahan sebelum ini adalah benar).
13.Dalam video berkenaan juga, Dr Sultan Al Ashqah menyatakan satu lagi rujukan tulisan Dr Abdul Aziz El Shinnawi menyebutkan bahwa Sultan Abdul Hamid menerima hadiah dari Herzel.
14.Al hamdulillah saya ada buku ini yang dibeli pada 8 november 2011.Bingkas mencari tentang tajuk berkenaan, saya dapati apa yang didedahkan oleh Dr Sultan Ashqah jauh lebih dari itu.
15.Pada mukasurat 254 Juzuk kedua buku berkenaan manyatakan titik kelemahan Sultan Abdul Hamid II dalam berhadapan dengan Herzel.
16.Titah diraja atau Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Baginda telah memberi peluang Yahudi membeli beberapa beberapa tanah dengan keluasan yang terhad.Beliau turut mengkritik dan menjawab kajian-kajian yang cuba melindungi keterlibatan Sultan Uthmaniah itu dan menggelarkan ia sebagai satu cubaan membersihkan imej Sultan secara salah.
17.Apa yang lebih menarik, beliau turut mendedahkan, dasar-dasar Sultan Abdul Hamid II telah menjaya membentuk Minoriti Yahudi
18.Ini dibuktikan semasa Tentera Arab dibawah pimpinan Raja Faisal (anak Sharif Hussien) berjaya menawan Palestin pada tahun 1918 dengan bantuan Britsih, Yahudi telah membentuk penduduk minoriti sekitar 10% dari penduduk Palestin.Dengan jelas beliau mendedahkan, pada tahun 1918 sewaktu Raja Faisal merampas Palestin, penduduk Yahudi sekitar 50 ribu manakala penduduk arab sekitar 650 ribu.
DAKWAAN GABENOR LEBIH KUAT DARI SULTAN
19.Lebih memeranjatkan, Dr Al Shinnawi turut menjelaskan, di zaman Sultan Abdul hamid II lah berlaku penyusunan semula gabenor atau wakil Sultan penjajah membahagikan SHAM kepada tiga wilayah, Wilayah Lubnan, Der EL Zour (Syria sekarang) dan Wilayah Baitul Maqdis yang merujuk Palestin.Berbanding sebelum pemerintahannya, SHAM hanya mempunyai satu gabenor dengan pusat pemerintahannya di Damsyik.
20.Gabenor Palestin melapor terus kepada Sultan Uthmaniah di Topkapi atau Istana negara di Istanbul.Tidak timbul soal gabenor lebih berkuasa berbanding Sultan kerana hal ehwal dasar kerajaan terutama dalam soal tanah, masih terikat dengan keputusan dan dasar dari Istanbul.
21.Jelas, dasar-dasar Kerajaan UTHMANIAH sebagai penjajah Palestin sebelum Balfour 1917 adalah faktor utama penempatan haram Yahudi yang merupakan salah satu dari tiga asas konflik Palestin hari ini.
Rujukan :
1) Kerajaan Uthmaniah : Kerajaan Islam khayalan (Bahasa Arab)
2) Ensiklopedia Yahudi dan Zionis Dr Abdul Wahab Al Masiri (Bahasa Arab)
3) Artikel WAFA (Bahasa Arab)
4) Wikipedia (Pelbagai bahasa)
------------------------------------------------------
LAGI PENYELEWENGAN PENTAKSUB UTHMANIAH
Seorang bernama telah menjawab kembali posting saya sebelum ini dan memberi tajuk : “CUKUP-CUKUPLAH MEMBURUKKAN SULTAN ABDUL HAMID KE II DALAM ISU PALESTIN”. Saya jawab :
1.Kalau nak cerita, biarlah bagi habis.Cerita halang kemudian hadkan kedatangan itu memang FAKTA, akan tetapi di hujung penulisan pengkaji menyatakan dengan jelas dasar Sultan Abdul Hamid II menyumbang penempatan Yahudi dan ini dinyatakan pada perenggan berkenaan dan lebih jelas pada perkataan yang bergaris :
“Sesungguhnya titik kelemahan Sultan Abdul Hamid II yang ternyata dalam kajian ini dalam menghadapi konflik Palestin ialah mengeluarkan perintah yang tidak menyeluruh untuk kepentingan sebahagian Yahudi dan dengan undang2 berkenaan mengizinkan mereka membeli tanah Palestin dengan keluasan yang tertentu.
Yahudi TELAH memanipulasi perintah2 Sultan seperti mana biasa tabiat mereka.....”
2.Sebelum menamatkan perenggan tersebut, dinyatakan lagi :
“Sesungguhnya perintah2 Sultan tersebut adalah bukti yang kukuh di tangan Zionis untuk membeli secara meluas tanah2 di Palestin sama ada secara sah ataupun tidak”.
3.Semua diatas pada muka surat 254.Ia natijah setelah beliau (penulis asal, Dr Abdul Aziz Al Shinawi) memberikan tajuk MENGHADKAN KEDATANGAN YAHUDI pada muka surat 235.Pada muka surat 236 adalah penceritaan proses yang berkaitan dasar2 Uthmaniah yang semuanya berakhir pada muka surat 254 yang saya terjemahkan di atas.
4.Mengapa Abdullah Asyraf ambil part2 yang menguntungkan fikrah taksubnya terhadap Uthmaniah dan Sultan Abdul Majid II dengan tanpa langsung menyebut muka surat 254?
5.Pelik bin hairan, Abdullah Ashraf ini mention mukasurat 255 pula dengan melangkau ayat dalam muka surat 254!!!! Adakah kerana fakta mukasurat 254 tidak menguntungkan fikrahnya yang taksub Uthmaniah?
6.Walaupun benar seperti yang Abdullah Asyraf terjemah berkaitan “menghadkan penghijrahan yahudi” seperti yang ditulis oleh Dr Abdul Rahman Al Shinawi, dan natijah akhirnya pada tahun 1918 Yahudi kaum minoriti 10% dan itu juga saya nyatakan dalam posting terkini, namun persoalannya, MENGAPA POINT PENTING YANG MEMBERI NATIJAH KAJIAN YANG MENUNJUKKAN DASAR SULTAN ABDUL HAMID II MENYUMBANG KEPADA PEMBELIAN TANAH PALESTIN OLEH YAHUDI, tidak disebut sekali ?
7.Perenggan ayat dalam muka surat 254 bersekali dengan 255 dan sekali lagi dipersoalkan dengan tegas, mengapa Abdullah Asyraf menyembunyikannya?
8.Pentingnya point muka surat 254 yang menyebut TITIK KELEMAHAN DALAM POLISI ABDUL HAMID TERHADAP ISU PALESTIN, juga memberikan natijah penting di akhir perenggan kajian Dr Abdul Aziz Al Shinawi pada muka surat 257 yang menyebut kegagalan Uthmaniah menghalang kemasukan Yahudi yang masuk secara berulang dan kegagalan Uthmaniah menghalang penyusupan masuk Yahudi ke Palestin ADALAH berkait rapat dengan point2 penulis asal (Dr Abdul Aziz Al Shinawi) pada muka surat 254 yang langsung tidak dimention dan diterjemah oleh Abdullah Asyraf !
9.Bukankah tujuan asal penulisan saya dari awal ialah DASAR UTHMANIAH PUNCA PENEMPATAN YAHUDI HARI INI yang walaupun di zaman Uthmaniah terhad dan akhirnya gagal dihalang, ini adalah kerana dasar kerajaan Uthmaniah itu sendiri menyumbang penghijrahan dan penempatan mereka ketika itu dan ini dibuktikan pada muka surat 254.
10.Jelas, apa yang saya dedah dan jawab sebelum ini dengan rujukan yang dinyatakan, BERASAS dan BENAR, bukan tafsiran memandai2 bahkan rujukan bertulis dari ahli akademik.Abdullah Asyraf menyembunyikan fakta penting dan hanya mention point yang menguntungkan fikrahnya sahaja.
11.Berkaitan sumber WAFA pula, jelas disebutkan di awal muka surat dua, “KEBANYAKKAN KAJIAN AWAL PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN KEMBALI KEPADA AKTIVITI HARTAWAN YAHUDI MENTEFORI.....” yang mana beliau mampu membeli tanah pada tahun 1857 dan seterusnya JUTAWAN2 lain Yahudi pada tahun 1882 ke atas yang hingga 1914 yang semua ini merujuk dasar kerajaan Uthmaniah yang sebahagian besar tempoh2 berkenaan melibatkan Sultan Abdul Hamid II.
12.Kotak oren yang ditanda Abdullah Asyraf adalah point2 yang menceritakan kesan kelemahan dasar2 Uthmaniah yang menyumbang menipulasi Yahudi yang mana semua ini disebutkan oleh Dr Abd Aziz Al Shinawi dalam kajian yang mana semua itu telah dirangkum natijah atau kesannya pada muka surat 254 yang disembunyikan oleh Abdullah Asyraf.
Cukup-cukuplah taksub dan mempertahankan sembrono Sultan Uthmaniah yang jelas punca segala polemik dan krisis Palestin hari ini.
SEMOGA BERMANFAAT JUGA.....
P/S : ingat, isu asal saya bangkit dari awal ialah penempatan haram Yahudi di Sheikh Jarrah Baitul Maqdis Timur yang mana menjadi sebab pergolakkan terkini di Palestin yang membabitkan keputusan mahkah yang bersumberkan tuntutan Yahudi yang membeli tanah tersebut pada 1885.
\[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment