Kecam Isr4el Sahaja Mana Cukup? Perlu Hantar Tentera!

 OLEH: Taufiq Tuah


Ayat seperti di dalam tajuk artikel ini sering dikeluarkan daripada mulut mereka yang ikhlas tetapi agak gopoh dalam membuat keputusan. Semoga Allah membalas rahmat ke atas semangat dan keikhlasan kalian.

Adakah kecaman ini boleh menggugat negara haran 1sr4el? 

Jawapannya, boleh. Bukan dengan melukakan tangan mereka, tetapi cukup meruntuhkan moral mereka. Untuk pengetahuan semua, 1sr4el juga sangat menagih sokongan negara-negara lain di dunia. Meminta untuk barat beramai-ramai meyokong tindak-tanduk mereka sehingga mendapat dominasi suara PBB. Begitulah ketagihan negara haram itu dalam meminta simpati dan sokongan.

Ketika kita mengutuk pemimpin Malaysia "alah kecam je buat apa? bazir air liur je".

Sedangkan negara barat sedang 'bazir air liur' untuk sokong Israel. Bayangkan semua negara Islam diam kerana alasan 'bazir air liur', siapa yang boleh berikan sokongan moral untuk Palestin? Sedangkan Barat bertubi-tubi menzahirkan sokongan penuh kepada 1sr4el.

Mengecam ialah salah satu daripada 'usaha' yang sangat berguna untuk Palestin. Perlu dijelaskan, menghantar tentera bukanlah satu-satunya kaedah membantu Palestin. Sedih, kerana bertahun-tahun negara-negara seluruh dunia membantu Palestin dalam pelbagai sektor, namun kalian kata "kenapa tak bantu? hantar lah tentera!".

Malaysia telah banyak kali menyumbangkan sejumlah wang yang besar kepada Palestin.

Mesir bertahun-tahun lamanya membantu dari segi perubatan kepada Palestin.

Arab Saudi bertahun-tahun bantu membina penempatan di Palestin.

Tak lupa negara-negara lain Indonesia, Brunei, Jordan dan lain-lain. Semua bantuan mereka ini ada nilainya. Namun masih ada yang tidak hargai segala usaha ini dan bertanya dengan sinis, "kenapa tak hantar tentera?".

Saya katakan, ukur lah baju di badan sendiri.

Jangan padamkan jasa semua negara Islam yang bertungkus lumus membantu Palestin. Walaupun hanya sekadar kecaman. Sekecil-kecil negara Islam juga apabila mengecam 1sra4l, bakal menggerunkan dan meruntuhkan moral mereka. Ingat, IDF memerlukan 3-4 anggota untuk menguruskan seorang anak kecil Palestin. Betapa penakutnya sebenarnya mereka.

Semoga Allah membalas semua usaha kita dalam membantu Palestin. Sebesar mana dan sekecil manapun, semoga Allah balas dengan rahmat-Nya. 


Negara-Negara Penyokong Negara Haram Israel


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments