Santai: Kenapa Membenci Iran?

  OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya

Mungkin ada yang anggap saya tiada kepakaran untuk bercakap tentang Iran, kerana saya tak pernah hadir Sidang Taqrib Sunni-Syiah di Iran. Ya benar saya tak pakar.

Tapi saya pernah sampai ke Iran seawal 1997. Saya sempat saksikan masyarakat mereka yang mundur walaupun binaan-binaan memuja Khomenei tersergam indah. 

Saya juga memiliki perhubungan bertukar info melalui rakan-rakan Iran dari kalangan ahli Sunnah sejak bertahun lamanya. Jika bukan kerana faktor keselamatan mereka, lebih banyak lagi yang ingin saya dedahkan termasuk rancangan-rancangan mereka di Malaysia.

Sebab itu saya istiqamah membenci dan memusuhi apa sahaja yang berkaitan dengan revolusi Khomenei. Kasihannya ramai pimpinan dan jemaah Islam di Malaysia terus hanyut tertipu dengan dakyah majusi ini. 

Kepada Allah kita mohon petunjuk buat kita dan mereka semua.


-------------------------------------------------------------------------

OLEH: Taufiq Tuah


Mudah dan ringkasnya, mereka yang memandang Iran dari sudut politik tak sepatutnya mengenepikan bahawa Iran pada hari ini merupakan sebuah negara Syiah. Kita perlu ingat bahawa Syiah juga pada awalnya muncul daripada bibit-bibit politik. Kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengadakan apa-apa hubungan dengan negara itu apatah lagi apabila Syiah ialah pegangan mereka dan Syiah ialah kelompok yang paling kuat permusuhannya terhadap para sahabat Rasulullah Salallahualaihiwasalam.

Lebih membimbangkan apabila ramai orang awam yang tertipu dengan 'hati budi' Iran ketika tolong membantu Palestin. Maka perlu saya jelaskan, jika benar Iran mahu tolong Palestin, Iran boleh bagi saja bantuan senjata roket yang sememangnya berkualiti dan padu. Iran merupakan 'top 10' alteleri dunia tetapi hanya memberikan HAMAS, roket-roket 'handmade' sahaja. Jika benar mahu tolong dalam ketenteraan, kenapa tiada bantuan yang sepatutnya? Syiah Lubnan bantu hantar roket, tetapi roketnya tidak langsung terkena daratan Tel Aviv, hanya terkena laut sahaja. Kenapa? Ini semua sandiwara.

Apabila Syiah 'membantu' ala kadar sahaja kepada HAMAS, maka kesan terhadap Israel itu minima. Apa akan jadi seterusnya? Israel akan membalas serangan yang lebih besar dan lebih teruk. Akhirnya, yang terkorban, yang menerima kerosakan semuanya ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Palestin.


Siapa yang untung? Pastilah Iran!

1. Iran terlihat seperti 'wira' kerana bantuan ala kadarnya.

2. Tiada seorangpun askar Syiah Iran terkorban.

3. Dapat mengorbankan lebih ramai Ahli Sunnah di Palestin (mengurangkan populasi Ahli Sunnah Wal Jamaah di dunia).


Ini semua ialah penipuan licik yang cuba diketengahkan oleh Iran. Bagaimana kita boleh percaya yang Syiah akan membantu Palestin sedangkan mereka jugalah yang saban hari memaki cerca pembuka tanah Palestin (Saidina Umar Al-Khatab) itu sendiri. 

Ini ialah penulisan santai. Wallahualam



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments