5 Keistimewaan Madu Mentah (Raw) Yang Tiada Pada Madu Biasa (Dipasteur)

OLEH: Faiz Sazali


Sebelum kita mengetahui 5 keistimewaan madu raw apa kata kita kenali terlebih dahulu apa itu madu raw. Madu raw adalah madu yang tidak diproses ‘pasteur’ atau di steril. Seumpama dari perut lebah terus ke mulut kita.

Madu yang biasa apa pula? Madu biasa iaitu yang di 'pasteur' adalah bertujuan untuk membunuh yis yang akan menyebabkan madu menapai ‘fermentasi’. Ianya akan mengekalkan rasa, kepekatan, warna, mengelakkan ‘kristalize’ dan madu akan tahan lebih lama.

Sayangnya, apabila di ‘pasteur’ bukan yis sahaja terbunuh namun begitu juga elemen penting lain seperti enzim lebah dan pytonutrien yang alah haba.

So, korang dah faham bezanya bukan? Baiklah, sekarang ni kita terus ke 5 keistimewaan madu raw.


1. Antioksidan yang tinggi, ‘polyphenol’ dan flavonoid adalah antara kandungan bahan aktif antioksidan dalam madu raw yang dapat membantu seimbangkan radikal bebas penyebab kanser atau tumor ganas yang merosakkan sel dalam tubuh.

2. Antibakteria, antifungi dan antikuman

Banyak kajian klinikal menyebutkan hidrogen perokside iaitu antiseptik yang terhasil dalam madu berfungsi sebagai pelindung dan pemusnah bakteria, fungi dan kuman.

3. Luka, madu raw yang berfungsi membunuh kuman atau sebagai antiseptik juga dapat merangsang pertumbuhan regenerasi tisu pada bhagia luka dengan cepat. Untuk yang mengalami masalah ulser, luka bedah, gastrik dan pemulihan organ dalaman sangat bagus amalkan madu raw.

4. Booster imun dan antikanser

‘Pyhtonutrien’ yang banyak dalam madu merupakan penyumbang antioksidan yang tinggi mencegah kemusnahan sel dalam tubuh akubat keradangan sekaligus meningkatkan sistem imun tubuh melawan penyakit.

5. Radang tekak, batuk.

Pernah cuba makan madu raw apabila sakit tekak, batuk? Ia adalah ubat batuk natural tertua di dunia. Kalian boleh cuba amalkan dengan air lemon suam atau makan 1-2sudu terus.

Ada kajian menyatakan ia berkesan seperti ‘dextromethorphan’ iaitu bahan rawatan untuk radang tekak dan batuk.

Sebenarnya banyak lagi khasiat ‘harta karun’ dalam Madu raw ni. Yelah kan nak pula sekarang ni kita berdepan dengan Covid-19. Semoga madu raw seperti madu Tualang raw dapat membantu ledakkan antibodi dan sistem imun kalian untuk mencegah wabak mutasi Covid-19 ni.

_


Jika post ini bermanfaat jangan lupa tekan butang SHARE semoga ramai orang boleh belajar dan menerima ilmu yg disampaikan.

Ingin mendapatkan Madu Tualang raw atau sedang tercari-cari madu asli untuk tujuan Perubatan dan Kesihatan tapi risau madu tidak ORI? Boleh dapatkan NASIHAT dari saya.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments