Al-Aqsa Kembali Berdarah

 OLEH: Pen Merah

Minggu ini, dunia telah digemparkan dengan serangan dari polis Israel terhadap umat Islam di Palestin ketika menunaikan solat terawih di Masjidil Al Aqsa. Ratusan pihak polis Israel telah memasuki perkarangan masjid dan melepaskan tembakan secara rambang kepada umat Islam Palestin tanpa sebarang alasan yang munasabah. Meskipun tindakan Israel ini telah dikecam di seluruh dunia, Israel tetap meneruskan tindakan ini tanpa mengira tindakan yang bakal dihadapi. Untuk mengetahui apa yang telah menyebabkan berlakunya insiden serangan di Masjidil Al Aqsa oleh regim Yahudi terhadap umat Islam Palestin. Ianya telah dikategorikan kepada beberapa isu seperti di bawah.


PEMILIKAN HAK MUTLAK MASJIDIL AL AQSA SEBAGAI HAK MILIK PENUH ORANG YAHUDI.

Isu penuntutan Masjidil Al Aqsa oleh orang Yahudi tidak pernah luput dari zaman penjajahannya pada tahun 1967. Orang Yahudi mempercayai bahawa tapak Masjidil Al Aqsa adalah merupakan kuil yahudi iaitu Kuil Solomon atau dipanggil sebagai Kuil Sulaiman dalam baahsa Arab yang telah dibina ribuan tahun dahulu sebelum dimusnahkan oleh bala tentera Rom. Sudah ada bebrapa kali cubaan yang dilakukan oleh orang yahudi dengan memasuki perkarangan Masjidil Al Aqsa dengan kawalan rapat dari pihak polis dan tentera bagi menunaikan ibadat mereka di perkarangan Masjidil Al Aqsa. Setiap tahun, kaum yahudi merayakan Jerusalem Day atau Hari Jerusalem menandakan Kota Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu kota mereka. Pada hari itu, kaum yahudi ekstrimis akan berarak ke Masjidil Al Aqsa beramai-ramai dengan kawalan ketat oleh tentera Israel bagi menunaikan Ibadat secara tidak langsung mencetuskan ketegangan di antara Umat Islam Palestin dengan kaum yahudi pelampau.


PENGUSIRAN UMAT ISLAM PALESTIN DARIPADA SHEIKH JARRAH SECARA BERPERINGKAT.

Selepas Regim Israel menangguhkan hasrat untuk menakluk tebing barat di atas permintaan dari Emiriah Arab Bersatu yang ingin normalisasi dengan Regim Israel. Israel mula melakukan pengusiran kembali kepada Umat Islam Palestin Khususnya di kawasan perkampungan seperti Sheikh Jarrah. Regim Israel mula melakukan pengusiran melalui undang- undang di mana Umat Islam harus memberi laluan kepada kaum yahudi untuk menetap di rumah Umat Islam Palestin yang dipaksa untuk diserah milik oleh makhamah Regim Israel. Alasan keselamatan juga faktor kepada pengusiran Umat Islam yang menetap di sekitar Sheikh Jarrah kerana bimbang dengan kehadiran kaum yahudi yang akan menetap secara haram di rumah yang telah dicuri dari Umat Islam Palestin. Regim Israel telah mengadakan pelan pembangunan Kota Jeruslam secara berperingkat di mana semua kemudahan seperti hub pendidikan, kediaman hanya akan dikhususkan untuk kaum yahudi semata-mata dan Umat Islam Palestin akan terus diusir secara perlahan demi perlahan. 


KECAMAN DARI LUAR NEGARA

Isu Umat Islam Palestin tidak pernah luput dari mata dunia. Tindakan Regim Israel ini telah mendatangkan pelbagai kecaman khususnya dari negara-negara Islam. Negara seperti Arab Saudi, Turki, Lubnan dan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Regim Israel yang dilihat tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral bertentangan dengan hak asasi manusia oleh United Nation. Kerajaan Malaysia melalui wisma putra yang diwakili Oleh Datuk Hishamuddin telah menyatakan pendirian secara terbuka mengenai tindakan Regim Israel ke atas Umat Islam Palestin. 

“Pencerobohan yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan. Kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa ini.

Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel, ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis (East Jerusalem) sebagai ibukota Palestin.”


Tuan Guru Haji Hadi Awang yang merangkap menteri timur tengah juga lantang menyuarakan kecaman kepada Regim Israel.

 “Saya mengecam sekeras-kerasnya serangan biadap rejim Zionis Israel ke atas umat Islam di Masjid al-Aqsa sehingga mencederakan lebih 178 orang rakyat Palestin yang sedang berkumpul di perkarangan masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu.Saya menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds. Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat.”

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments