OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Alfonso memulakan serangan di daratan dengan sebuah matlamat iaitu menawan jambatan Melaka.
Kalau jambatan itu kayu maka untuk apa di tawan?
Catatan China sebelum itu menyatakan bahawa hambatan tersebut sangat kuat dan di atasnya memiliki 20 buah kedai.
Dalam catatan Da Empoli, mereka bersusah payah untuk menawan jambatan itu. Selama 7 hari dilakukan untuk menguasai jambatan secara total.
Alfonso mengatakan bahawa di atas jambatan itu terdapat sebuah kubu dan di setiap hujung jambatan juga memiliki sebuah kubu. Justeru jambatan itu memiliki 3 kubu pertahanan.
Selain itu, jambatan tersebut dilengkapi dengan meriam. Pernah Portugis merampas jambatan tersebut dan mencuri semua meriam yang ada di jambatan.
Keesokannya tentera Melayu menyerang kembali dan menguasai semula jambatan tersebut lalu meletakkan meriam yang baharu. Ini menunjukkan meriam milik Melaka begitu banyak.
Perlu kita ingat bahawa Maharaja China pernah menghantar arkitek dan jurutera ke Melaka bersama-sama Puteri Hang Li Po. Sedangkan bangsa China telah terkenal dengan jambatan batu mereka.
Portugis memusnahkan jambatan ini setelah mereka menakluk Melaka dengan jumlah tentera yang ramai bersamaan 64 buah kapal.
Comments
Post a Comment