Perlis Solat Raya Di Padang Lapang 2021

 OLEH: Taufiq Tuah


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, solat Aidilfitri di tanah lapang yang bermula pada pukul 8 pagi itu bukan sahaja selaras dengan sunnah malah boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 jika dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.

Bagaimanapun Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti hujan lebat, solat berkenaan akan dilaksanakan di dalam masjid dengan kapasiti keluasan maksimum mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bermula pukul 8.30 pagi.

Hal ini bertepatan dengan hadis Abu Said al-Khudri r.a berkata: “Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke padang lapang. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments