OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1.Hari ini, isu Qatar telah berlegar dalam media arab selama seminggu kecuali AL JAZEERA.
2.Apa yang sedang berlaku di Qatar hari ini membuktikan bahawa AL JAZEERA adalah media propaganda dan tidak bermoral, apabila menyembunyikan kepada dunia apa yang sedang berlaku dalam negaranya sendiri.
3.Apa yang sedang berlaku di Qatar? Dua situasi menarik perhatian dalam isu ini sebagai pemula.
4.Pertama, pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Qatar yang memindahkan empat pengkalan tenteranya ke Jordan.
5.Kedua, serentak dengan situasi ini, tiba-tiba Amer Qatar umum mahu adakan pilihanraya “parlimen” untuk julung kalinya.
6.Kita semua tahu, Qatar ini negara yang bersistem raja berkuasa mutlak, apakah gerangannya pilihanraya “parlimen” untuk 60 kerusi?
7.Sejak dahulu, peralihan kuasa di Qatar hanya secara rampasan kuasa sama ada anak guling bapa atau anak saudara guling bapa saudara sahaja.
8.Sebaik umum pilihanraya, Amer Qatar telah mengumumkan “pengkelasan” rakyat Qatar sama ada “asli” dan “bukan asli” di mana rakyat yang “tidak asli” dinafikan hak dari pencaloan.
9.Siapakah rakyat “bukan asli” yang dimaksudkan? Mereka ialah kabilah MURRAH yang merupakan 40% dari penduduk Qatar dan seteru rapat kabilah Al Thani yang sedang memerintah Qatar saat ini.
10.Bani Murrah dihalang menyertai pilihanraya yang dijangka boleh mengubah lanskap politik Qatar dan sekaligus menukar hala tuju negara berkenaan.
11.Mereka diklasifikasikan sebagai rakyat kelas kedua dan dianggap sebagai “bukan asli”.Tektik halus dan berstrategi menghalang lawan secara kotor.
12.Dilaporkan, telah ada jiwa yang terkorban dalam pertempuran antara pihak keselamatan Qatar dan penunjuk perasaan, Bani Murrah.
13.Ini belum lagi siri tangkapan besar-besaran yang mensasarkan BANI MURRAH.
Mana AL JAZEERA ?
Mengapa mereka diam tanpa liputan ?
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment