OLEH: Mohd Faizal Sabhon
MENGAPA mereka lari ke lapangan terbang Kabul? Ini menunjukkan mereka ada sedikit pengetahuan kerana dua sebab ;
Pertama, mendapatkan perhatian dunia untuk beritahu dunia luar, mereka diancam krisis kemanusiaan.
Kedua, dari situlah mana-mana dari 149 negara yang menandatangani KONVENSYEN PELARIAN 1951 UNHCR PBB dan PROTOKOL UNHCR 1967 akan menerima mereka dengan menghantar penerbangan ihsan.
Dengan perjanjian2 ini, rakyat Afghanistan yang bergelar pelarian ini akan diterima masuk ke negara2 berkenaan tanpa melalui prosedur biasa seperti permohonan visa dan sebagainya.
MALAYSIA setahu saya MASIH TIDAK MENANDATANGI kedua2 perjanjian antarabangsa ini.Maka tiada keperluan Malaysia menghantar penerbangan ihsan, menerima atau menyediakan tempat pelindungan untuk mereka.
P/s: Apa yang aku tak faham, kenapa sampai bergayut kat bawah sayap dan tayar? Kalau tak ada pengetahuan, depa tak ke airport.Sama ada terlalu takut dan sanggup buat apa sahaja untuk keluar negara, atau saha ikut member2 depa yang terpelajar komdian buat pala tau... apa pun, kita semua simpati...
* Pembaca bahasa arab yang mahu memahami kedua2 perjanjian berkaitan UNHCR boleh baca ;
* Sapa nak tau apa itu UNHCR (ada pilihan bahasa inggeris) ;
SITUASI lapangan terbang Kabul telah mendapat perhatian dunia.Malam tadi sebelum tidur, sempat belek perkembangan terkini, nampaknya isu ini telah mula mendapat perhatian Majlis Keselamatan PBB.Ikuti ucapan Setiausaha Agung PBB.
JERMAN dan beberapa negara lain telah menghantar penerbangan ihsan untuk tujuan menyelamatkan orang asing yang masih terkandas di lapangan terbang Kabul.
Seriuslah orang asing sampai tiga empat penerbangan ihsan? Dalam membantu mesti berlapik.UNHCR akan bertambah sibuk kerana angka pelarian dunia bertambah.
Apa yang kita saksikan dalam media2 sosial sejak semalam, hanya 10% sahaja bahkan mungkin kurang.Gambar dan video dalam sebuah group yang saya sertai, kelihatan jauh lebih teruk kesesakan luar biasa dalam lapangan terbang bahkan di luar pintu masuk bersesak2 tapi penerbangan amat terhad kecuali penerbangan ihsan.
Gambar di bawah ini berdasarkan sumber, 640 orang Afghanistan yang berjaya dibawa keluar menggunakan penerbangan kargo Tentera US.
Komentar terkini Setiausaha Agong PBB ;
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment