OLEH: Taufiq Tuah
Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang menggangu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin Bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah s.w.t., dan Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga mengugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanahair.
Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan.
DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN JOHOR
10 OGOS 2021
#sultanjohor
sumber: #royalpressoffice
#johor
#legasipemikir #lekir
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment