OLEH: Saufy Jauhary
Sultan Selangor menitahkan ADUN bantu rakyat, hentikan perebutan kuasa
"Nampaknya Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan di dalam masyarakat.
"Tidakkah Yang Berhormat sedar bahawa apabila pemimpin-pemimpin politik berebut kuasa dan keadaan politik menjadi tidak stabil maka rakyat yang terpaksa menanggung kesusahannya.
"Yang Berhormat sepatutnya mengambil tahu tentang masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing khususnya mengenal pasti apakah bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang terjejas.
"Rakyat di bawah sana memerlukan anda untuk membantu kesusahan yang sedang mereka lalui.
"Bantulah mereka, carilah mereka, bukan sekadar mencari mereka untuk mendapatkan undi sewaktu pilihan raya semata-mata,".
Titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Selangor Ke-14, 23 Ogos 2021.
Comments
Post a Comment