Taliban Agen Amerika Syarikat

 OLEH: Mohd Faizal Sabhon


1.Seminggu dua ini sebenarnya media arab kerap membuat liputan perkembangan Afghanistan.Video pembunuhan pelakon Afghanistan oleh Taliban, operasi membuang gambar-gambar perempuan di papan2 iklan hingga terakhir kenyataan menteri pertahanannya yang menghujum Presiden dan penyokongnya bersekongkol membenarkan pendudukan Taliban.

2.Jom kita fikir dengan waras, dalam masa 20 tahun (2001-2021), apakah tentera Amerika Syarikat tidak melatih tentera Afghanistan untuk kepentingannya di sana? Ada, bahkan mereka dibawa belajar ke akademi tentera Amerika Syarikat.

3.Dalam masa 20 tahun pendudukan Amerika Syarikat, di manakah Taliban? Adakah pemimpin mereka duduk dalam gua-gua pergunungan padang pasir Afghanistan? Tidak, kerana mereka mempunyai pejabat yang sah di Qatar di mana ketika itu Qatar merupakan pengkalan tentera Amerika Syarikat terbesar di Timur Tengah.

4.Amerika memperlihatkan bahawa mereka keluar dari Afghanistan secara mengejut, hakikatnya ia segaja dirancang dalam keadaan tidak mempersiapkan senjata yang lengkap kepada tentera Afghanistan dengan 80% aset pertahanan udaranya memerlukan alat ganti dan penyelenggaraan.

5.Amerika tidak menyerahkan semua senjata dan kelengkapannya secara rasmi kepada Tentera Afghanistan sebaliknya membiarkannya dikuasai Taliban.

6.Inilah apa yang dimaksudkan oleh menteri pertahanan Afghanistan sebelum lari ke luar negara dalam kenyataan yang diterjemah ke bahasa arab ; 

‎“قيّدوا أيادينا من وراء ظهورنا وباعوا الوطن واللعنة على الرئيس الأفغاني وعصابته" 

Maksudnya ; “Mereka mengikat tangan kami (menghalang) di belakang tabir, menjual negara dan laknat untuk Presiden Afghanistan dan semua pengikutnya”.

7.Tindakan Amerika Syarikat ini bukan baru.Lihat semula ketika kononnya kempen “memerangi ISIS” di Syria dan Iraq sebelum ini.Modus operandi yang sama, Amerika berundur dan membuatkan fasiliti dan asetnya dikuasai Militan.

8.Taliban yang menguasai seluruh Afghanistan dengan mudah hari ini bukan kerana sokongan rakyat tapi kerana mereka meguasai senjata modern yang ditinggalkan dengan segaja oleh Amerika Syarikat.

9.Taliban sendiri tertubuh pada tahun 80 an memdapat sokongan Amerika Syarikat bahkan terdapat rekod perjumpaan antara kedua-dua pihak oleh Presiden Ronald Reagon sendiri tentang hal ini.Tujuan Amerika Syarikat adalah untuk menjatuhkan Kesatuan Soviet di Rusia.

10.Sejak 80 an lagi, Taliban ditaja oleh Amerika Syarikat secara jelas melalui Agensi Perisikannya, CIA.Dunia arab mengetahui hal ini.

11.Rusia kali ini tidak sukar untuk berhadapan dengan Taliban kerana Cechnya yang diketuai Ramzan Kadyrov bukan berfikrah Jihadis dan ekstrimis seperti Taliban.

12.China juga dijangka akan berdepan dengan Taliban kerana ia adalah laluan perdagangan yang penting buat mereka.Cuma belum pasti apakah China akan menggunakan pendekatan diplomatik atau defensif.

13.Bagi negara - negara arab, kembalinya Taliban sebagai pengganas yang memperoleh negara adalah sesuatu yang amat sensitif.Ini kerana mereka sejak sekian lama mempunyai file kes pengganas yang pulang dari Afghanistan.

14.Serpihan Al Qaeda yang berpusat di Afghanistan sebelum inilah yang mencetuskan huru hara di Iraq dan Syria dengan nama DAESH dan sebagainya selain “kekasih gelap” Ikhwan Muslimin.

15.Walaubagaimana pun, juru cakap Taliban mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menjaga kepentingan bersama dengan semua pihak termasuk China dan Rusia.Kenyataan ini tidak mudah dipercayai oleh China dan Rusia bahkan Rusia telah mula menggerakkan kekuatan dengan kerjasama Turkministan dan Uzbekistan bagi mengawal sempadan dari anasir Taliban.

16.Perhatian kini terarah kepada tindak tanduk Taliban pada masa kini dan mendatang.Jerman awal2 lagi bagi ingatan, mereka akan menjadi negara yang mengharamkan negara Afghanistan jika Taliban menggunakan pendekatan yang sama seperti tahun2 sebelum 2001.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments