Kopi atau Teh

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Yang ada dibenak kita adalah kopi itu diperbuat dari biji buah kopi manakala teh pula dari daun, bunga, kulit pokok, akar, dan macam-macam bahagian tumbuhan selain dari biji buah.

Namun ada daripada beberapa minuman akan terasa sulit untuk dikelompokkan: sama ada disebut kopi atau teh.

Ini kerana minum ini dibuat dari bahagian pokok kopi selain dari biji kopi. Minuman tersebut adalah:

(1) Amertassa - minuman yang diperbuat dari daun kopi yang dikeringkan di bawah cahaya matahari.

(2)(i) Kati - minuman yang diperbuat dari daun kopi yang dikeringkan (disangai) dengan kuali. Daun yang kering akan diseduh dalam air yang dipanaskan dengan api kecil, lalu dicampurkan gula dan secubit garam.

(2)(ii) Aia Kawa @ Kawa Daun - minuman yang dihasilkan di Sumatera Barat dari daun kopi yang disangai selama 12 jam. Daun yang sudah kering akan dicampurkan dengan air dingin terlebih dahulu sebelum diseduh dengan air mendidih.

(3) Qishr - minuman yang diperbuat dari campuran sekam kopi (husk) dan halia, dan atau kayu manis.

Catatan:

Kami belum merasa keempat-empat jenis minuman ini jadi tidak tahu bagaimana rasanya.

Mungkin nanti boleh dicuba mengeringkan daun kopi dari pokok yang ada di tepi rumah untuk dijadikan Kati.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments