OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Bagi saya di Malaysia pun sekarang sedang dalam fasa perubahan. Lagi pun sekarang pilihan terlalu banyak semuanya terletak pada ibu bapa. Kalau ibu bapa yang betul-betul sokong pembelajaran anak berdasarkan minat anak, saya rasa ianya tiada isu.
Sekolah ada pelbagai sekolah mengikut kategori dan level. Untuk percuma, boleh masuk sekolah kerajaan cuma tidak boleh mengharapkan fasiliti umpama sekolah international.
Inginkan anak-anak belajar lebih fokus, boleh pilih international' atau swasta. Murid lebih sedikit dan guru lebih fokus cuma poket perlu tebal.
Saya tidak rasa sekolah kerajaan mampu menampung untuk mengurangkan murid kecuali sekolah tersebut sekolah kategori SKM
Kalau murid tidak minat akademik, sudah ada sekolah teknik dan vokasional. Cuma kadangkala penjaga/ibu bapa yang takut dengan pandangan masyarakat.
Masuk sekolah teknik atau vokasional, dikira sekolah low class.
Masuk sekolah tahfiz persendirian tiada masa depan. (Ini cerita dulu-dulu). Sekarang masuk tahfiz tidak dianggap kuno.
Kalau masuk Giatmara, IKBN itu dikira murid yang lemah.
Selagi persepsi ibu bapa mengikut persepsi masyarakat setempat, selagi itulah anak-anak tidak bebas daripada belajar mengikut acuan mereka.
Itu punca utama.
Mungkin anak itu sudah tidak mampu untuk masuk bidang akademik, tetapi oleh kerana ibu bapa itu orang yang berpangkat, jadi si ibu bapa itu merasa malu untuk masukkan anak tersebut ke sekolah teknik. Misalnya.
Apatah lagi untuk memasukkan anak ke sekolah pondok, ataupun tahfiz persendirian, maka lebih malu lagi. Akhirnya anak tersebut terpaksa ikuti pembelajaran yang sememangnya dia tidak berminat lagi.
P/s: Tidak perlu mengikut acuan negara orang didalam sistem pendidikan. Apa yang ada sudah baik, cuma penambahbaikan itu perlu dari masa ke semasa.
Comments
Post a Comment