Sekilas Fakta Mengenai Taliban

 OLEH: Abu Taqiyuddin



1. Amerika Syarikat dan Taliban mengikat perjanjian damai pada Februari 2020 semasa Trump memegang tampuk kekuasaan.

2. Amerika Syarikat merupakan negara yang pernah memberikan bantuan dan latihan ketenteraan kepada Taliban semasa Afghanistan di cengkam oleh Komunis Kremlin.

3. Pergeseran Taliban dan Amerika Syarikat hanya tercetus apabila Taliban enggan menyerahkan Osama Bin Laden kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

4. Taliban juga pernah meninggalkan Kabul secara mendadak apabila Perikatan Utara (United Islamic National Front for the Salvation of Afghanistan), kumpulan penentang Taliban melakukan serangan ke atas kedudukan Taliban di segenap penjuru Afghanistan dengan bantuan Amerika Syarikat dan NATO pada tahun 2001.

Pandangan aku mengenai isu Taliban di Afghanistan :

1. Adalah sebaiknya kita mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komentar dalam isu ini.

2. Memberikan peluang kepada rakyat Afghanistan menentukan masa depan mereka.

3. Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu ataupun propaganda daripada mana-mana pihak.

4. Laporan media tidak seharusnya dilihat sebagai suatu realiti.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments