Siapakah Mustafa Qandil Yang Disebut Pemerintah Dubai?

OLEH: Mohd Faizal Sabhon

1.Kira-kira dua minggu lepas, seorang pemuda  bernama Mustafa Qandel telah mencuri tumpuan dunia arab dan perniagaan apabila Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohamed Bin Rasyid Al Maktoum memuatnaik ucapan tahniah kepada seorang pemuda berumur 28 tahun yang berjaya membina empayar perniagaannya di Dubai dengan nilai saham syarikatnya SWVL solusi pengangkutan awam digital bernilai USD 1.5 Bilion dan berjaya disenaraikan ke Bursa Saham NASDAQ.

2.Siapakah Mustafa Qandel ini? Beliau pemuda yang berasal dari Mesir, kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Petroleum Universiti Amerika Kaherah graduasi 2014.

3.Selepas bergraduasi, beliau bekerja di Syarikat Elaf selain tutor di universiti beliau pernah pernah belajar.

4.Kemudian berhijrah ke Dubai dan bertanggungjawab dalam membina semula syarikat CAREEM pada tahun 2016 dan 2017.

5.Pada mac 2017, beliau terlibat bersama-sama menubuhkan syarikat pengangkutan pintar SWVL.

6.Dalam masa empat tahun sahaja, SWVL telah melangkau 10 negara dengan applikasinya telah berjaya mendapat sebanyak 1.4 juta penumpang, 46 juta perjalanan, dan ribuan pemandu.

7.Berhijrah untuk membina diri adalah satu tujuan yang murni dan peluang tidak semestinya di tempat kita.Kisah kejayaan Mustafa Qandel adalah motivasi buat kita semua.

8.Selain membina kekayaan di negara orang, beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai ahli majlis perniagaan digital Dubai bermula Jun 2021.

9.Syarikat beliau berpotensi berkembang hingga USD 15 bilion berdasarkan kajian pakar.

10.Orang mesir terkenal dengan semangat patriotisme yang tinggi.Walau pun berjaya menempa nama dan membina kekayaan di luar negara bahkan menyumbang tenaga profesional dalam badan perunding sebelum ke meja pembuat dasar di luar negara, beliau tetap tidak lupa negara asalnya.Minggu lepas beliau kembali ke negara asalnya untuk meluaskan empayar perniagaannya di Mesir dan ini mengundang perhatian Perdana Menterinya sendiri untuk berbincang strategi di Mesir memberi beliau peluang pelaburan yang lebih luas.

11.Kisah kejayaan Mustafa Qandel sangat memotivasikan.Usaha tanpa penat, dan mencari peluang melangkaui negara.





[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments