Sultan Agung

 OLEH: Halim Abdurrahman

Satu filem yang sedang dimainkan di Netflix, Sultan Agung. Dalam banyak-banyak Raja, beliau adalah Raja yang diiktiraf sebagai simbol pahlawan Indonesia yang lantang menentang penjajahan Belanda. Filem ini berkisar akan perjalanan sejarah beliau.

Sultan Agung (meninggal 1645) adalah Sultan Mataram di Jawa. Setelah kejatuhan Majapahit, Kerajaan Mataram dianggap kerajaan besar di kepulauan Jawa dan Sultan Agung adalah penentang utama penjajah Belanda sehingga mencetuskan banyak peristiwa berdarah yang membuatkan trauma Belanda. Beliau dianggap sebagai Raja yang berkarisma, benci penjajah dan sangat dicintai rakyatnya. 

Disebalik cerita filem ini ada terselit babak dia bersama anaknya iaitu Raden Mas Sayyidin yang masih anak kecil.

Walaupun tiada dalam alur filem, nak kongsi sedikit tentang anaknya ini. Siapakah Raden Mas Sayyidin? Beliau adalah Raja setelah Sultan Agung yang membawa gelar Sultan Amangkurat I. Jauh berbeza dengan ayahnya Sultan Agung, Amangkurat I dianggap raja paling zalim dalam sejarah kerajaan Islam Mataram. 

Menurut sejarah, Amangkurat I telah membantai (membunuh) ramai orang sepanjang pemerintahnya. Membantai ribuan ulama/kiai, mentua dan termasuk adiknya sendiri. Bahkan dia pernah merampas isteri orang dan membunuh suami si wanita tersebut. Kerana kekejamannya, ramai orang bangsawan memberontak dan dia dikalahkan lalu melarikan diri. Kemudian dia berpakat dengan Belanda untuk mendapatkan semula tahtanya kembali.



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments