UAE Negara Utama Tumpuan Pemuda Arab

OLEH: Mohd Faizal Sabhon


1.Dulu-dulu ramai pemuda arab fokus hijrah ke negara-negara barat dan membuat kekayaan di sana, terutama sekali akhir kurun ke 20 atau lebih tepat 70 an hingga 90 an.

2.Hari ini tidak lagi.Berdasarkan “Arabyouth servey”, negara arab sendiri kali ini ialah tumpuan utama penghijrahan pemuda arab iaitu UAE berbanding US, Canada, UK dan Jerman.

3.Selain bahasa yang menjadi punca utama, suasana perniagaan yang kondusif selaras dengan dasar2 kerajaan UAE yang mesra perniagaan bagi mereka adalah antara punca utama mengapa pemuda arab memilih UAE.Selain itu, dasar anti pengganas di UAE juga agak keras menyebabkan pemuda arab yakin dengan kestabilan UAE dan masa depannya.

4.Pemuda arab dari empat negara paling ramai berhijrah adalah dari kalangan negara arab yang bergolak sama ada krisi keselamatan mahupun ekonomi seperti Pemuda Lubnan, diikuti Libya, Yaman dan Iraq.

5.Pemuda dari Jordan dimana Jordan hari ini merupakan negara arab kedua selepas Lubnan yang mempunyai kadar pengangguran tertinggi dalam kalangan negara2 arab turut sama dengan pemuda Palestin, Syria, Sudan dan Tunisia berhijrah keluar negara dengan kadar yang tinggi, lebih 50 peratus.

6.Mesir tidak tersenarai dalam 10 negara arab yang mencatat penghijrahan pemuda dari negaranya ke luar negara kerana purata kadar penghijrahannya hanya sekitar 26% sahaja.




[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments