Warkah & Sejarah : Junjung Kasih Sultan Kelantan kepada Gabenor Negri-Negri Selat- 12 Julai 1920.

 OLEH: Izmal Karim dan Saufy Jauhary


Khat yang lingkaran dalam.

الواثق بالله العزيز
السلطان محمد خلد الله
ملكه و عدله وفضله وحسناته
إبن المرحوم السلطان محمد
كلنتان سنة
١٢٣٩

Al-Watsiq Billah al-'Aziz
As-°Sultan Muhammad KhalludAllah
Mulkuhu wa 'Adluhu wa Fadhluhu wa Hasanàtuhu
Ibn al-Almarhum As-Sulthan Muhammad
Kelantan Sanah 1239 H

Yang mempercaya kepada Allah Yang Maha Gagah
As-Sultan Muhammad semoga Allah mengekalkan Kerajaannya dan Keadilannya dan Kebaikannya
Putera Almarhum As-Sulthan Muhammad
Kelantan Tahun 1239 Hijriah

Khat Lingkaran Kedua:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
( الإسراء: ٨٠)

Wa-Qul Rabbi Idkhalni Mudkhala Shidqin Wakhrujni Mukhraja Shidq Waj'al liyy min Ladunka Shulthan Nashira (Al-Qur'an Surah Al-Isra: 80)

Arab-Rumi (Latin):

Wa qur rabbi adkhilnī mudkhala ṣidqiw wa akhrijnī mukhraja ṣidqiw waj'al lī mil ladungka sulṭānan naṣīrā
Terjemah Erti: Dan katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

Alih Aksara Jawi Lama kepada Rumi Melayu: Ahmad David Kholilurrahman



Deskripsi :
Transliterasi dari jawi lama kepada rumi melayu oleh Fb Tuan Saufy Jauhary
Saalallahu al-Ijtima'

Bahawa inilah warkah Al-Ikhlas wa tuhfat al-zakiyyah hening dan jernih yang tiada menaruh syak dan waham selagi ada peredaran matahari dan bulan iaitu daripada beta Al-Sultan Muhammad yang ke-empat K.C.M.G, Yang di-Pertuan negeri Kelantan serta daerah jajahannya. Mudah-mudahan barang diwasilkan oleh Tuhan Alam sekalian jua kiranya kemudian majlis Seri Paduka sahabat beta Sir Laurence Guillemard K.C.B, Gabernor Negeri Selat dan High Commissioner bagi negeri-negeri Melayu yang ada dengan kesejahteraannya.

Waba'duhu daripada itu beta takrifkan kepada pengetahuan Seri Paduka sahabat beta adalah pada hari isnin 12 hari bulan Julai 1920 ini telah selamat sampai beta ke negeri Kelantan. Maka dengan keelokan cinta-cinta Seri Paduka sahabat beta yang baik itu tiadalah sesuatu pun yang memberi kedukaan di dalam masa pelayaran beta itu. Bahkan ada di dalam cukup kesihatan dan kesukaan bertambah-tambah apakala beta teringat akan kehormatan yang telah Seri Paduka sahabat beta tunjukkan pada masa beta ada bersemayam di Singapura itu. Mudah-mudahan berpanjanganlah yang demikian itu hingga hari yang kemudian kelak. 

Hal inilah beta maklumkan serta diiringi dengan berbanyak-banyak tabik jua. Demikanlah adanya. 
Ditulis di dalam Balai Seri Kota Baharu,
Pada 12 hari bulan Julai 1920,
Bersamaan dengan 26 hari bulan Syawwal 1338.

Rujukan :
Arkib Negara Malaysia.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments